Pengemis raih RM250 sehari

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SUNGAI PETANI 3 Dis. – Para pengemis menjadikan pasar malam dan stesen bas di bandar ini sebagai ‘lubuk rezeki’ bagi meraih pendapatan lumayan anggaran RM150 hingga RM250 sehari, menurut siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Mohamad Md. Nor berkata, soal siasat dan kaji selidik itu dilakukan semasa para pengemis terbabit ditahan di dalam beberapa siri operasi, malam tadi.

Lebih memeranjatkan katanya, pemeriksaan ke atas akaun bank seorang pengemis wanita berusia 47 tahun didapati beliau mempunyai simpanan RM15,000 hasil kegiatan mengemis di bandar ini.

‘‘Rata-rata pengemis jalanan yang kebanyakannya cacat penglihatan itu memperoleh pendapatan tinggi sehingga mencecah RM250 sehari.

‘‘Mereka yang memperoleh pendapatan sebanyak itu dikesan menjadi pengemis secara aktif di kawasan pasar malam seperti Taman Ria, Taman Nilam, Tikam Batu dan stesen bas Sungai Petani,” ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai operasi pengemis dan kutu rayau di sini malam tadi.

Operasi yang berjalan selama empat jam itu disertai 50 anggota JKM, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Muda.

Seramai 12 pengemis dan kutu rayau berusia antara 40 hingga 60 tahun berjaya ditahan dalam operasi terbabit.

Mohamad berkata, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati kebanyakan pengemis yang berasal dari Seberang Perai itu dihantar menggunakan kenderaan jenis Kancil.

“Bagi lokasi pasar malam, mereka akan dihantar seawal pukul 5.30 petang dan dijemput pulang sekitar pukul 10.30 malam.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada kenderaan tersebut milik pengemis berkenaan ataupun dalang secara bersindiket,” katanya.

Tambah beliau, beberapa pasangan pengemis yang ditahan turut mengakui mereka menerima bantuan bulanan daripada JKM antara RM150 hingga RM450 bergantung kepada kes.

“Selain wang tunai, mereka juga membawa sekurang-kurangnya dua telefon bimbit setiap orang.

“Lebih memeranjatkan, telefon berkenaan adalah daripada jenis mahal seperti yang ada kemudahan 3G,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengemis wanita berusia 47 tahun memberitahu Utusan Malaysia, dia dihantar oleh ‘kenalan’ dari rumahnya di Bumbung Lima, Seberang Perai dekat sini, menggunakan kereta Perodua Kancil.

“Kawan saya hantar ke pasar malam dan jemput balik. Sebagai balasan saya kena bagi dia RM50 setiap kali datang,” katanya.

Wanita yang dikenali sebagai Asiah itu berkata, setiap minggu dia akan menjalankan kegiatan mengemis di pasar malam sekitar Sungai Petani, Seberang Jaya dan Kulim sekurang-kurangnya tiga kali.

“Memang benar saya dapat bantuan bulanan JKM, tapi ia tak cukup makan,” ujarnya ketika ditanya sama ada dia turut mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan atau sebaliknya.

Walau bagaimana pun TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARI TANGAN YANG MENERIMA
 
Sponsored Post

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
rm250 sehari bnyak tu beb..sebulan dah dekat 10k da..
 

edagangnetwork

Active Member
Joined
Jun 25, 2008
Messages
2,097
Reaction score
15
Points
25
tangan yang memberi tu lebih baik dari tangan yg menerima...
 

Pistia

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2008
Messages
8,760
Reaction score
47
Points
70
rm250 sehari bnyak tu beb..sebulan dah dekat 10k da..
mmg manyak... keje sonang tu.. takyah bpikir.. takyah gune tenaga....#:-S#:-S#:-S
 

hazwan17

Super Active Member
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
bleh jd jutawan ni hahaha
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
eboss nak tukar profesion ke? :-?:-?:-?



:)):)):)):))
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
sbb tue ada kes lepas kutip sedekah.. masuk toilet.. tukar baju n kuarkan kunci keta mewah dari poket... siut btul...
 

endingman86

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
250 x 30 x 12 x 10...dah bape tue.....10 tahun jadi pengemis dah jadi kayo...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register