BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengembala Kambing Mengaku Tak Bersalah Tangkap, Simpan Harimau Kumbang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,101
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,101
Reaction score
6,772
Points
916
Awards
1
07.08.2024 - Pengembala kambing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan masing-masing menangkap dan menyimpan harimau kumbang, Mac lalu. Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Lani, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyimpan seekor harimau kumbang di dalam sangkar kecil yang menyebabkan kesakitan terhadap hidupan liar itu. Mohd Firdaus didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 86(1)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 86(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646). Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menangkap seekor harimau kumbang pada 22 Mac lalu untuk melindungi haiwan ternakan dan dengan kelengahan telah gagal untuk melaporkan kejadian itu kepada Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, termasuk spesies hidupan liar dan kerosakan. Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 54(3) Akta 716 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 54(4) Akta A1646 dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kedua- dua kesalahan itu dilakukan di sebuah kebun getah dekat Kampung Terentang, Batu Kikir, Kuala Pilah, kira-kira jam 4 petang, 27 Mac lalu.

Pegawai Pendakwa Perhilitan Gilmoore G Bolongon mencadangkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah kerana bekerja sebagai pengembala kambing dengan pendapatan kasar RM1,000 sebulan selain perlu menanggung tiga anak yang masih bersekolah. Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi. Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 September ini.
1723008306378.png
 
Sponsored Post

mana gambar ghimau?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register