akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,650
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 58,650
- Reaction score
- 6,827
- Points
- 881
- Awards
- 1
Pengeluaran minyak, gas di Semenanjung semakin kurang, kata Rafizi
Rafizi Ramli berkata minyak dan gas kini banyak di Sabah serta Sarawak.
Bernama17 Nov 2024, 02:40 PM
oil rig petronas
Rafizi Ramli berkata jumlah pengeluaran gas dan minyak di Semenanjung semakin kehabisan sejak 10 tahun lalu. (Gambar AFP)
KOTA BHARU:
Pengeluaran minyak dan gas di Semenanjung Malaysia kini semakin berkurangan, namun penemuan baharu sumber berkenaan kini banyak di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata sumber berkenaan sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan, namun ia kini banyak terdapat di kedua-dua negeri tersebut.
“Di sebelah Semenanjung, kita memang semakin kehabisan sumber minyak dan gas kira-kira 10 tahun lepas, dengan jumlah pengeluaran minyak kita ialah 700,000 tong sehari sebelum ini, dan sekarang dalam 350,000 tong sehari.
“Negara perlu melalui proses peralihan tenaga dengan segera dan dalam konteks itu kita kena ambil kira beberapa dasar yang perlu dilaksanakan kerajaan, termasuklah penyasaran semula subsidi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13, (RMK-13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini.
Rafizi berkata sumber minyak dan gas yang terdapat di Sabah dan Sarawak itu pula digunakan bagi memenuhi tuntutan dan penggunaannya di kedua-dua negeri berkenaan.
Beliau berkata, ada juga usaha untuk dipertimbangkan kembali cara pengagihan pendapatan sumber Sabah dan Sarawak ini.
“Selain memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak, sumber ini sebahagian besar memang dieksport dan diikat dengan perjanjian jangka panjang oleh pembeli,” katanya.
Beliau berkata, kekurangan sumber minyak dan gas di Semenanjung Malaysia menjadi cabaran besar kepada kerajaan dalam soal mengagihkan dan menentukan peruntukan ke negeri-negeri.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram