pengeluaran dividen ASB dari luar negara tanpa hadir dikaunter..

Recommended Brokers


zaini_uitm82

Fun Poster
Joined
Feb 22, 2007
Messages
443
Reaction score
72
Points
20
Salam,

Dgr cerita ramai yang masih beratur di bank and dipejabat post untuk keluar duit dividen asb atau hanya nak update buku...

aku tak dpt nak beratur sama2 dengan korang.. coz tidak berada dimalaysia... takkan nak balik kot.. tak berbaloi.. tiket mahal..

aku just nak share.. mungkin akan berguna kepada sesiapa yang berada diluar negara berkenaan dengan pengeluaran duit asb dari luar negara,,...

saya sekarang berada diluar negara.. dan tidak dapat nak keluarkan duit dividen ASB melalui saluran biasa (kaunter bank/pnb)

setelah menghubungi pihak asnb, mereka kata boleh.. dan saya telah berjaya mengeluarkan duit itu semalam...

apa yang perlu anda buat adalah:-

1.Buku Pelaburan asal ASB (cop ibu jari dan tandatangan mesti jelas)

2.Borang Jualan Balik asal (ASNB 31) yang telah diturunkan cop ibu jari kiri dan tandatangan pemegang unit dengan jelas.(borang ini boleh diperolehi di Pejabat ASNB atau Ejen ASNB seperti Maybank/CIMB /RHB /POS Malaysia)

3. Salinan Kad Pengenalan pemegang unit (depan dan belakang) yang disahkan dari salinan asal (pegawai kerajaan gred A boleh sahkan)

4. Surat arahan pengeluaran dari pemegang unit kepada ASNB (ko buat je surat rasmi- bg details diri, no akaun bank, berapa nak keluar, bila fly keluar negara, no pasport,sapa pembawa surat ni, no tel luar negara, alamat luar negara, sign and cop jari dekat surat ni)

5. penyata bank (bank aku CIMB)

6. no tel dan alamat di luar negara (asnb akan call kita untuk verify)- jam 3 pagi waktu Uk dia call.. nasib baik aku terjaga..


(Tandatangan di surat/borang jualan balik dan buku pelaburan hendaklah sama) - dia kata tandatangan aku tak sama.. hahaha...aku ni ada masaalah sikit sign ni.. tak sama...
******************************

saya telah memohon agar wang yang saya keluarkan itu didebitkan kedalam akaun CIMB saya... dan yang submit permohonan saya adalah bapa mertua saya...

permohonan ini haya boleh dilakukan di pnb KL HQ sahaja...

boleh rujuk link ini untuk details:- http://perjalananku.com/?p=3065

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register