(News) Pengecas 20W Apple Melepasi 3C - Untuk iPhone 12 ?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Apple sejak dari dulu lagi menyertakan pengecas 5W di dalam kotak pada setiap pembelian. Walaupun iPhone 8 sehingga iPhone 11 ia sudah menyokong pengecasan pantas, pengecas 18W yang disokong Apple perlu dibeli secara berasingan – kecuali pada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max.

Terkini terdapat spekulasi yang menyatakan, iPhone 12 akan menyokong sistem pengecasan yang lebih pantas – iaitu 20W. Tetapi, pengecas ini berkemungkinan besar perlu dibeli secara berasingan kerana laporan yang dipercayai memberitahu siri iPhone 12 tidak akan menyertakan pengecas di dalam kotak. Pengecas 20W ini baru sahaja melepasi 3C iaitu syarikat seakan SIRIM untuk China. Bersama-sama dengan pengecas ini, versi 5W yang baru turut tersenarai di 3C. Jadi ada kemungkinan salah satu daripada iPhone 12 akan menerima pengecas baru ini di dalamnya?

Pengecas 20W ini adalah berasaskan Power Delivery dan menggunakan USB-C bukannya USB-A. Beberapa jam lalu, kami ada laporkan yang kabel USB-C ke Lightning Apple mungkin akan menggunakan jenis braided yang sama dengan dalam pembelian Mac Pro.

Apple-20W-charger-01-950x227.jpg


Sumber asal https://www.ithome.com/0/497/442.htm
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Sistem Pengecasan Apple MagSafe Disokong Pada iPhone 12

Masihkah anda ingat dengan sistem pengecasan MagSafe yang digunakan pada MacBook sebelum digantikan dengan pengecasan USB-C? Menerusi MagSafe, kabel pengecas akan tercabut sendiri apabila disentap mengelakkan kerosakan pada komputer riba jika terjatuh. Kini kedengaran ura-ura MagSafe akan kembali digunakan pada iPhone 12.

Menurut laporan MacRumors yang memetik maklumat dari akaun peniris Kang di laman weibo, MagSafe generasi baru ini akan diberikan pada kerangka khas untuk iPhone 12. Terdapat magnet yang disusun berbentuk bulat pada bahagian belakang kerangka. Ini akan memastikan pengecas nirwayar akan terpasang pada orientasi yang betul bagi mendapatkan pengecasan yang optimum.

Rekaan kerangka ini telah tertirs pada Ogos lalu bersama dengan pengecas nirwayar AirPower Mini yang dibangunkan Apple. Mungkin kerana saiz pengecas yang kecil ini, Apple ingin memastikan orientasi yang tepat sepanjang basa bagi mengelakkan pengecasan tidak boleh dilakukan.

Pengecas-Nirwayar-kerangka-MagSafe-iPhone-12-950x605.jpg


Sumber asal https://www.macrumors.com/2020/10/09/apple-to-launch-magsage-iphone-chargers/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Maxis Mengacah Kehadiran Apple iPhone 12 Tidak Lama Lagi Melalui Video Parodi

Maxis kini telah menerbitkan sebuah video acah berbentuk parodi, menggunakan nama “12”, dan juga slogan “Speed” yang selari dengan acara pengumuman iPhone 12 yang dijangka berlaku pada minggu ini.

Melalui video berkenaan yang berunsurkan jenaka, Maxis memperlihatkan ia akan hadir dengan beberapa pilihan saiz, sokongan rakaman kamera lebih baik, dan beberapa perkara lain – yang sedia dijangka, dan mengikut spekulasi umum sebelum ini.

Apple dijangka akan memperkenalkan siri iPhone terbaru melalui acara khas yang dijadualkan pada awal pagi 14 Oktober ini. Maxis melalui video acah ini memberikan petanda mereka akan membuka pra-tempahan untuknya tidak lama lagi.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
iPhone 12 6.1 Inci Di Jangka Menjadi Model Paling Popular

Umum mengetahui, Apple akan melancarkan barisan iPhone 12 dalam acara “Hi, Speed” yang akan berlangsung pada malam esok. Dijangkakan 4 model akan diperkenalkan dalam acara itu. Kini, penganalisis Ming-Chi Kuo menyatakan iPhone 12 6.1 inci akan menjadi model paling laris dalam siri iPhone 12. Ia menjangkakan 40% jumlah penjualan adalah dari iPhone 12 versi asas ini.

Bagi iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, masing-masing dijangka dengan 20% penjualan. Sebagai tambahan, Kuo mendedahkan walaupun iPhone 12 mini akan menjadi model paling murah, namun ia sukar menarik minat pembeli berikutan saiz yang kecil dengan 5.4 inci. Khabar angin ketika ini menyatakan iPhone 12 mini akan diletakkan pada harga $699, sementara iPhone 12 dengan harga $799.

Sementara itu, bagi anda yang ingin menonton acara “Hi, Speed”, penstriman boleh dilakukan melalui pautan ini. Acara ini akan berlangsung pada 14 Oktober, 1 pagi mengikut waktu Malaysia.

Sumber asal https://www.gsmarena.com/kuo_regula...r_of_all_four_new_apple_phones-news-45736.php
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Markah Penanda Aras Cip A14 Pada iPhone 12 Dan 12 Pro Menunjukkan Peningkatan Sehingga 25% Berbanding A13

Markah penanda aras iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang menggunakan cip Apple A14 Bionic telah muncul di laman Geekbench 5 hari ini. Pada iPhone 12, 1605 markah dicatatkan dalam ujian satu teras dan 4114 markah dalam ujian multi teras. Sementara itu iPhone 12 Pro mencatatkan 1605 markah dalam ujian satu teras dan 4129 dalam ujian multi teras.

Ini adalah peningkatan dari 1327 markah dalam ujian satu teras dan 3303 dalam ujian multi teras yang dicatatkan oleh Apple A13 Bionic. Peningkatan prestasi sebanyak 20% dicatatkan dalam ujian satu teras dan peningkatan 25% dalam ujian multi-teras. Markah yang telah dipaparkan di laman Geekbench ini selari dengan markah yang dicatatkan oleh iPad Air 2020 sebelum ini.

Geekbench-5-iphone-12-Pro-950x656.jpg


Sumber asal https://browser.geekbench.com/v5/cpu/search?utf8=✓&q=iphone13,3
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
iPhone 12 Pro Max & 12 Pro Di Lengkapi 6GB RAM - iPhone 12 & 12 Mini Pula Di Lengkapi 4GB RAM

Siri iPhone 12 adalah iPhone terkini daripada Apple. Apple telah melancarkan empat iPhone sekali gus, iaitu 12 Mini, 12, 12 Pro dan 12 Pro Max. Kesemua iPhone kali ini menggunakan skrin yang sama dan turut dijana dengan cip berkuasa Apple A14 Bionic berasaskan 5nm. Membuatkan orang ramai tertanya adalah, apakah memori yang digunakan pada peranti-peranti ini?

Melalui perisian Xcode 12.1 beta, iPhone 12 dan 12 Mini disenaraikan dengan dilengkapi 4GB RAM. Manakala iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max pula adalah 6GB RAM. Ini adalah kali pertama Apple menggunakan memori ini pada sesebuah iPhone, yang mana pada iPhone 11 Pro terhad dengan 4GB RAM sahaja. Disebabkan penggunaan 4GB RAM pada 12 dan 12 Mini, beberapa fungsi dihadkan dan eksklusif pada versi Pro sahaja. Antaranya adalah AppleProRAW.

Dengan penggunaan 6GB RAM pada versi Pro dan dipadankan pula dengan cip A14 Bionic, yang dikatakan mempunyai 50% kuasa lebih hebat dari cip sedia ada di pasaran – tidak dinafikan yang iPhone 12 Pro adalah telefon pintar paling berkuasa setakat ini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Razer Mengemaskini Pilihan Kerangka Peranti Arctech Pro Untuk Siri iPhone 12

Apabila Samsung melancarkan siri Galaxy Note 20 mereka beberapa bulan yang lalu, Razer turut memperkenalkan siri kerangka peranti baru dibawah nama Razer Arctech Pro. Razer kini telah mengemaskini pilihan rangka tersebut untuk peranti Apple iPhone 12, yang merangkumi iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Ia masih lagi hadir dengan rangka luar anti calar yang mengekalkan rekaan cantik peranti tersebut, dan menggunakan bahan penyejuk Thermapene yang mengalirkan haba daripada peranti kepada kerangka dengan cekap.

Kerangka Razer ArcTech Pro ini sudah mula dijual di kedai atas talian Razer pada harga RM209 untuk seunit.

Razer-ArcTech-Pro-iPhone-12-950x636.jpg


Razer-ArcTech-Pro-iPhone-12-3.jpg


Razer-ArcTech-Pro-iPhone-12-2.jpg
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Tiada Pengecas Dalam Kotak iPhone 12, Adakah Hanya Gimik Alam Sekitar ?

Keputusan Apple untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak pembelian telah mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk pengeluar peranti Android. Apple telah menyatakan langkah tersebut diambil untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar dimana Apple menjangkakan lebih 2 juta tan karbon dapat disingkirkan setiap tahun. Ianya juga bersamaan membuang 450,000 kereta dari jalan raya setiap tahun. Menurut Lisa Jackson sebagai wakil Apple,

"There are also over 2 billion Apple power adapters out there in the world, and that’s not counting the billions of third-party adapters. We’re removing these items from the iPhone box, which reduces carbon emissions and avoids the mining and use of precious materials."

Walaupun begitu, masih ramai yang menyangkal dengan penjelasan tersebut dan mendakwa ianya hanyalah gimik semata. Berikut disertakan pandangan dari perspektif sebagai pengguna iPhone.


Gimik?

Di saat peranti flagship Android ditawarkan dengan harga yang semakin meningkat, sedar atau tidak, penawaran iPhone masih diletakkan pada sekitar harga yang sama. Disertakan perbandingan harga antara iPhone XS/XS Max, iPhone 11 Pro/Pro Max serta iPhone 12 Pro/Pro Max sebagai contoh untuk lebih mudah difahami.


harga-iphone.jpg


Jika dilihat pada harga yang ditawarkan, iPhone 12 Pro dan Pro Max untuk varian 128GB diletakkan pada harga yang sama seperti iPhone 11 Pro bagi storan 64GB. Dengan ketiadaan pengecas, Apple menawarkan storan yang lebih besar berbanding iPhone 11 Pro.

Bagi lain-lain varian storan iPhone 12 Pro dan Pro Max, Apple sebenarnya telah memberikan penjimatan sebanyak RM200.

Dengan tren harga sebegini, ianya tidaklah jauh beza. Meletakkan sekitar harga yang sama, Apple juga masih menawarkan cip baharu dengan peningkatan prestasi, teknologi baharu, kamera dengan rakaman video lebih baik, sambungan 5G serta pelbagai lagi pada iPhone 12.

Harga semasa pengecas dan EarPods dengan jumlah RM198

Penjimatan sebanyak RM200 itu adalah sama sahaja dengan kos pengecas dan EarPods.


Jadi, apa maknanya?

Ianya bukanlah sekadar gimik semata. Selain mengurangkan kos, sama ada percaya atau tidak, sememangnya langkah ini memberi kebaikan kepada alam sekitar. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah pengecas yang tidak digunakan dan dibuang berikutan pengguna telah mempunyai pengecas yang banyak.

IMG_5921-1024x606.png

Dengan itu, Apple dilihat telah memberi pilihan kepada pengguna sama ada mahukan pengecas atau sebaliknya. Ini bermakna, pengurangan harga yang disebut sebelum ini boleh dikatakan sebagai pilihan untuk pengguna. Apple menyatakan,

"Customers already have over 700 million Lightning headphones, and many customers have moved to a wireless experience."

Jika ingin kekalkan RM200 dalam poket anda serta menggunakan pengecas sedia ada, menyambungkan kabel USB-C ke Lightning menggunakan komputer atau menggunakan pengurangan harga tersebut untuk membeli pengecas atau fon telinga dari jenama Apple mahupun pihak ketiga, pengguna kini mempunyai pilihan.


Adakah pengeluar lain akan mengikuti langkah Apple?

samsung-1.jpg

Baru-baru ini, Samsung sebagai pengeluar peranti Android tidak ketinggalan untuk turut serta mengkritik Apple dengan memuatnaik imej yang jelas ditujukan kepada Apple. Imbas kembali, Samsung pernah mempunyai sejarah mengkritik tindakan Apple membuang bicu audio pada iPhone 7 serta meletakkan takuk pada paparan iPhone X.

Namun, Samsung mula mengikut langkah yang sama dengan tidak menawarkan bicu audio pada Galaxy Note 10. Berbalik kepada pengecas, ironinya, ura-ura sebelum ini pernah menyatakan Samsung juga dijangka tidak akan menyertakan sebarang pengecasan dalam kotak pembelian untuk peranti akan datang.

"Wonder how many of the brands having a poke at Apple for not including a charger in the box for the iPhone 12 will start doing the same in a couple of years?"

Oleh itu, tidak mustahil jika langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak pembelian akan diikuti oleh pengeluar telefon yang lain pada masa akan datang.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Apple iPhone 12 Mini Di Lihat Sertakan Bateri 2227mAh, iPhone 12 Dengan 2815mAh

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan iPhone terbaru mereka dibawah siri iPhone 12, dan sebanyak empat model diperkenalkan. Menariknya, ia hadir dengan cip pemprosesan 5nm yang menawarkan pemprosesan efisien dan menjimatkan tenaga.

Seperti kebiasaan, Apple tidak berkongsi spesifikasi teknikal untuk peranti mereka. Selepas perkongsian berkaitan memori pada telefon pintar berkenaan, kini info berkenaan kapasiti bateri iPhone 12 turut hadir ke arena web.

Melalui penemuan berdasarkan pengesahan peranti di Brazil, kapasiti bateri pada iPhone 12 dan iPhone 12 Mini kini diketahui.

Ia dilihat iPhone 12 Mini hadir dengan kapasiti bateri sebanyak 2227mAh, sementara iPhone 12 pula hadir dengan bateri berkapasiti 2815mAh.

Apple sebelum ini sekadar mengatakan bateri pada iPhone 12 Mini boleh bertahan sehingga 15 jam lamanya untuk tontonan video. Walaupun dengan kapasiti bateri rendah, Apple sering lebih mengoptimasikannya menggunakan sokongan perisian dan perkakasan pada sesuatu peranti berkenaan.

Buat masa ini, kapasiti bateri pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max masih tidak diketahui lagi.

Sumber asal https://appleinsider.com/articles/2...27-mah-battery-iphone-12-has-2815-mah-battery
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Walau Tanpa Pengecas, Lebih 1.5J Tempahan iPhone 12 Di Buat Pengguna Di China

Apple telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar iPhone 12. Walaupun dikritik kerana tidak menyertakan sekali peranti pengecas bersama telefon tersebut, ia tidak menghalang para peminat telefon pintar di China untuk menempah awal model terbaru iPhone 12.

Menurut laporan oleh laman South China Morning Post (SCMP), dikhabarkan lebih daripada 1.5 juta pengguna di China sudah menempah telefon pintar Apple itu. Bagi model iPhone 12 sahaja, sebanyak 737,000 tempahan telah dibuat. Manakala bagi model iPhone 12 Pro pula sebanyak 390,000 tempahan sudah dibuat setakat hari Jumaat lalu.

Tempahan bagi iPhone 12 sudah pun dibuka yang boleh dibuat menerusi laman rasmi Apple Store. Bagi model iPhone pada tahun ini, Apple membariskan sebanyak 4 model iPhone 12 iaitu terdiri daripada iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Harga jualan seunit iPhone 12 di Malaysia adalah berharga dari RM3,399.00.

Sumber asal https://www.scmp.com/tech/big-tech/...2-may-have-drawn-derision-chinas-social-media
 
Sponsored Post
Top
Log in Register