BTC USD 28,318.4 Gold USD 1,964.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengawal keselamatan parah ditembak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota forensik memeriksa kawasan kejadian di Lorong Nyior Cabang, Berek 12, selepas kejadian.
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan cedera di perut dan pinggul bahagian kiri selepas ditembak lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Lorong Nyior Cabang, Berek 12, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 52 tahun sedang menunggang motosikal bersendirian, ditembak dengan dua das tembakan dari belakang oleh salah seorang daripada dua suspek yang juga menunggang motosikal.

Saksi kejadian, Azwan Mohd Noor, 40-an berkata, ketika menghampiri laluan di kawasan terbabit, dia ternampak mangsa melambai-lambai meminta tolong dalam keadaan dihimpit motosikal yang terbalik di atas badannya.

“Mangsa terbaring berlumuran darah namun sempat dia memberitahu saya, dia ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal, kemudiannya memecut laju melarikan diri.

“Melihatkan kecederaan mangsa yang agak serius, saya terus menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dengan van,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan kejadian.

Sementara itu, anak mangsa berusia 19 tahun, berkata, ayahnya keluar rumah sejak jam 5 petang dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai kopi, kira-kira jam 8 malam, sebelum ditembak di lorong tersebut, kira-kira 100 meter dari rumahnya.

“Ayah menunggang motosikal sendirian ketika kejadian dan terkena dua das tembakan di perut.

“Apa pun kami sekeluarga menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, mangsa kini dirawat di hospital untuk menjalani rawatan susulan akibat kecederaan parah dialaminya.

“Mangsa yang terkena dua das tembakan kritikal namun stabil dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZ II.

"Hasil pemeriksaan, kita turut menemui satu kelongsong peluru di lokasi kejadian dan sebutir peluru dalam badan mangsa selepas menjalani pembedahan," katanya.

Motif kejadian dalam siasatan dan polis giat memburu suspek yang melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Ego yang sedang dikesan nombor pendaftarannya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pengawal-keselamatan-parah-ditembak-1.324606
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register