BTC USD 38,472.3 Gold USD 1,810.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengawal keselamatan maut kereta rempuh treler

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,544
Reaction score
325
Points
51
1098323.jpg


REMBAU – Seorang pengawal keselamatan maut selepas kereta yang dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kampung Sungai Layang, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pada Selasa.

Sinar Harian difahamkan, mangsa, Mohd Razman Mohd Hafas, 46, dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumahnya yang terletak di Selemak, Rembau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 pagi dan tiba di lokasi pada jam 8.54 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu berikutan kereta dipandunya merempuh bahagian belakang lori treler.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 9.14 pagi, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi,” katanya, di sini, pada Selasa.

Tambahnya, sebuah jentera dengan kekuatan lebih 10 anggota termasuk pegawai bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.


== sinar harian
 

CG Sponsors




Top
Log in Register