notepad
Legendary Member
- Messages
- 15,662
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,662
- Reaction score
- 2,144
- Points
- 266
- Awards
- 1
Home » 9 beranak berhimpit dalam khemah buluh
SEMBILAN sekeluarga tinggal di dalam khemah buluh di Gua Musang.
Pasangan itu, Narizan Mohd. Noor, 38, dan suaminya, Ku Khairul Azman Ku Amran, 38, mendirikan khemah di tepi sungai di kampung tersebut sejak dua minggu lalu.
Menurut Narizan, keputusan untuk tinggal di dalam khemah dibuat kerana mereka tidak mahu menyusahkan ahli keluarga yang lain.
“Khemah dibina dengan buluh, kayu, batu bata dan zink terbuang. Kain pula dijadikan dinding, manakala bumbungnya pula adalah kanvas ihsan pemberian orang ramai.
“Sebelum ini, kami tinggal di rumah sewa dan menumpang rumah ahli keluarga. Saya sudah buntu, jadi kami bergotong-royong membina sendiri rumah sementara ini,” katanya ketika ditemui semalam.
NARIZAN bersama suami dan anak-anaknya tinggal berhimpit di dalam khemah yang didirikan di Kampung Kerinting, Gua Musang sejak dua minggu lalu. – AIMUNI TUAN LAH
Menurut Narizan, suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di bandar ini dengan pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.
Cerita Narizan, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim menawarkan rumah sewa, namun mereka bimbang tidak dapat melunaskan sewa bulanan.
“Biar kami tinggal di dalam khemah ini sementara mendapat rumah daripada pihak berwajib kerana permohonan sudah dibuat,” katanya.
Sementara itu, Ku Khairul Azman berkata, mereka bergantung dengan lampu bateri dan air sungai untuk aktiviti harian, mandi serta membasuh pakaian.
“Kami terpaksa tidur berhimpit dan amat berharap bantuan rumah dapat diberikan secepat mungkin ,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam bernombor 0306-3020-3312-99 atas nama Narizan atau menghubungi talian 011-3530 7558. -K! ONLINE
SEMBILAN sekeluarga tinggal di dalam khemah buluh di Gua Musang.
GUA MUSANG – Sepasang suami isteri bersama tujuh anak mereka berusia tiga hingga 22 tahun terpaksa tinggal di dalam khemah di Kampung Kerinting di sini selepas tidak mampu lagi untuk membayar sewa rumah.Pasangan itu, Narizan Mohd. Noor, 38, dan suaminya, Ku Khairul Azman Ku Amran, 38, mendirikan khemah di tepi sungai di kampung tersebut sejak dua minggu lalu.
Menurut Narizan, keputusan untuk tinggal di dalam khemah dibuat kerana mereka tidak mahu menyusahkan ahli keluarga yang lain.
“Khemah dibina dengan buluh, kayu, batu bata dan zink terbuang. Kain pula dijadikan dinding, manakala bumbungnya pula adalah kanvas ihsan pemberian orang ramai.
“Sebelum ini, kami tinggal di rumah sewa dan menumpang rumah ahli keluarga. Saya sudah buntu, jadi kami bergotong-royong membina sendiri rumah sementara ini,” katanya ketika ditemui semalam.
NARIZAN bersama suami dan anak-anaknya tinggal berhimpit di dalam khemah yang didirikan di Kampung Kerinting, Gua Musang sejak dua minggu lalu. – AIMUNI TUAN LAH
Menurut Narizan, suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di bandar ini dengan pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.
Pendapatan itu hanya cukup-cukup makan termasuk menampung perbelanjaan dua anak yang belajar di kolej kemahiran serta tiga anak yang masih bersekolah.Cerita Narizan, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim menawarkan rumah sewa, namun mereka bimbang tidak dapat melunaskan sewa bulanan.
“Biar kami tinggal di dalam khemah ini sementara mendapat rumah daripada pihak berwajib kerana permohonan sudah dibuat,” katanya.
Sementara itu, Ku Khairul Azman berkata, mereka bergantung dengan lampu bateri dan air sungai untuk aktiviti harian, mandi serta membasuh pakaian.
“Kami terpaksa tidur berhimpit dan amat berharap bantuan rumah dapat diberikan secepat mungkin ,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam bernombor 0306-3020-3312-99 atas nama Narizan atau menghubungi talian 011-3530 7558. -K! ONLINE
9 beranak berhimpit dalam khemah buluh
GUA MUSANG – Sepasang suami isteri bersama tujuh anak mereka berusia tiga hingga 22 tahun terpaksa tinggal di dalam khemah di Kampung Kerinting di sini selepas tidak mampu lagi untuk membayar sewa rumah. Pasangan itu, Narizan Mohd. Noor, 38, dan suaminya, Ku Khairul Azman Ku Amran, 38...
www.kosmo.com.my