BTC USD 56,121.8 Gold USD 1,819.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengawai pantau harga tiada kuasa buat tangkapan: Shahrir

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR: Pegawai pemantau harga dari kalangan graduan yang dilantik Mac lepas hanya bertanggungjawab memantau harga runcit barangan keperluan pengguna setiap hari dan tidak mempunyai kuasa membuat tangkapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pegawai pemantau harga yang dilantik secara kontrak itu akan menyediakan laporan termasuk laporan harian bagi lapan barang kawalan dan laporan mingguan untuk 75 daripada 350 barangan.

Beliau berkata maklumat hasil pemantauan itu akan disalur kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan selanjutnya, selain digunakan kementerian bagi mengkaji kedudukan serta menyediakan pelan penyaluran atau pengedaran barangan perlu.

“Laporan juga dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara pada setiap minggu sebagai sumber rujukan bagi merangka strategi dan tindakan mengurangkan inflasi,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin tahu kemajuan operasi Majlis Harga Barang Negara termasuk pelantikan 2,000 graduan sebagai pemantau dan jumlah tangkapan yang dibuat tahun ini.


Shahrir berkata pemantauan dibuat di 96 pusat pungutan pemantauan yang meliputi pasar basah, pasar kering, pasar raya dan kedai runcit di bandar utama dan daerah termasuk kawasan pedalaman.

“Mereka memantau lapan jenis barangan keperluan utama serta 350 jenis barang lain yang terdiri daripada 127 barangan basah, 223 barangan runcit atau kering dan 20 barangan siap masak,” katanya.

Beliau berkata selain itu mereka juga melakukan pemantauan berkala mengikut masa kawalan yang ditetapkan semasa Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina.

“Laporan harian bagi hypermarket yang mengambil bahagian dalam Kempen Penurunan Harga juga akan dipapar setiap hari di laman web kementerian,” katanya. - Bernama

Setakat jadi pemantau/pemerhati tapi tak boleh ambil tindakan patut ler peniaga tak takut taruk harga sesuka hati...berapa kerat saja pemantau seluruh negara

:(scam
 
Sponsored Post

JamBu

Active Member
Joined
Jul 3, 2008
Messages
1,518
Reaction score
1
Points
25
baik x payah pantau klu mcm 2...
 

Heidir79

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 20, 2006
Messages
2,992
Reaction score
6
Points
25
tu la psl... Baik takyah susah nak g pantau klu tak leh wat apa2
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
lepas batuk ditangga
 

apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
nih buang masa jer nih...mmmm
 

o_o2o_o3

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2007
Messages
3,979
Reaction score
144
Points
33
Kalau tak ujudkan pemantau ni tak de keje la dia orang tu...
boleh abiskan duit rakyat lagi :D
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
abih tuh..pegawai2 tuh bg gaji watpe? klo setakat pantau..aku pon bole jenguk gitu2 jer..ape daa!!..MENTERI HAL EHWAL TAK GUNA - otak 15 sen!!..
 

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
shahrir ni patut hantar belajar di sekolah jer.. buat semak parlimen jer..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register