Pengasuh bonceng motosikal cedera selepas diragut

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
ALOR SETAR: Seorang pengasuh yang membonceng motosikal cedera selepas dipercayai ditolak peragut, di Taman Hidayah, jalan Hutan Kampung, di sini, petang semalam.

Ketika kejadian pada jam 6.45 petang itu, Nur Basyirah Bukhari, 24, dalam perjalanan pulang selepas membeli belah di bandaraya Alor Setar bersama sepupu, ke rumahnya di kampung Masjid Lama, kira-kira 150 meter dari tempat dia diragut.

Mangsa mengalami luka serta lebam di hampir keseluruhan bahagian kanan badannya, selepas terjatuh daripada motosikal dan tercampak ke tengah jalan.

"Nasib baik pada waktu itu tidak banyak kereta yang lalu, saya pula tidak cedera kerana motosikal terkawal dan tidak terbalik," kata sepupunya, Nor Hafizah Mohamad Nazri, 24, ketika ditemui di rumah mangsa hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Superintendan Fiesal Libertus Abdullah, berkata polis menerima aduan daripada Nor Hafizah pada jam 10.30 malam tadi mengenai kejadian itu. - Bernama
 
Sponsored Post

my.name.is.nad

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,496
Reaction score
6
Points
115
peragut ni sampai hati gak kan.. kalau nak meragut pun .. ragut la time org jalan kaki.. nanti boleh jadi kes bunoh ke apa ke ! ngok punya peragut !
 
Sponsored Post
Top
Log in Register