USD MYR 4.12450 BTC MYR 258,419 Gold MYR 7,287.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Pengasas Vaksin Pfizer Ialah Orang Islam Dr Ugur Sahin & Dr Ozlem Tureci

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,762
Reaction score
638
Points
126
vac5.jpg

Married scientists Ozlem Tureci (left) and BioNTech CEO Ugur Sahin

Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’.

Dia beragama Islam dan berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman dan menamatkan semua pengajian universiti di sana. Dia berkahwin dengan isterinya di Jerman, Dr Ozlem Tureci, juga seorang Islam berketurunan Turki.

Vaksin Pfizer yang menggunakan teknologi mRNA adalah bebas khinzir dan hasil dari penyelidikan syarikat BioNTech milik beliau dan Pfizer. Pada asalnya, syarikat ini menumpukan kajian imunoterapi dalam pesakit kanser.

Pasangan suami isteri ini adalah antara individu terkaya di Jerman dengan nilai aset melebihi RM 20 Billion. Walaupun kedua mereka adalah bilionair, mereka tidak memiliki kereta dan memilih untuk mengayuh basikal ke makmal tempat kerja.

Mereka amat berdisiplin dan berdedikasi dengan penyelidikan hinggakan kembali ke makmal sebaik sahaja selesai bernikah untuk menyambung kerja-kerja makmal.

Menariknya, vaksin juga mula dipopularkan oleh doktor-doktor Islam di Turki semasa zaman empayar Otoman. Amalan ini diperhatikan oleh isteri duta British di sana, Lady Montagu dan dia menulis surat kepada saintis British untuk dikaji kerana berkesan menghentikan penyakit smallpox. Bermula dari itu, saintis British telah mengembangkan amalan vaksin dan terbukti berkesan.

Tentu orang-orang Turki menghargai pencapaian beliau dan sumbangannya dalam perubatan memberikan kesan yang besar impaknya di seluruh dunia.

Sebenarnya, kisah menakut-nakutkan orang bagi kesan buruk vaksin atau teori konspirasi adalah tidak berasas. Begitu juga kononnya ada ‘cip’ yang diletakkan untuk ‘mengesan manusia’ hanyalah cerita karut yang disalut gula dan garam.

Ada juga video sekerat-sekerat dari penerangan cip sistem logistik penghantaran vaksin sebagai kononnya ada cip yang akan dimasukkan ke badan bagi mengelirukan penonton. Cip atau barkod sudahpun digunakan pada plastik barang di pasaraya sejak lama untuk tujuan harga dan ukur kira stok dan begitulah juga vaksin. Mereka sangat berusaha menipu orang-orang kampung dan bandar.

Hakikatnya vaksin adalah usaha keras melalui kaedah saintifik yakni menurut hukum alam dan tentunya usaha sebegini mendapat pahala yang besar dari Allah swt.

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 32, “Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
Bayangkan pahala mereka !

Seharusnya begitulah hidup yang baik bagi seorang Muslim - memberikan seluruh hidupnya untuk kebaikan manusia dan bukan menghabiskan masa menghukum orang itu akan ke neraka dan sebagainya sedangkan diri sendiripun belum tentu akhirnya. Mereka yang amalannya baik dan besar impaknya tentu besar ganjarannya di akhirat.
Ketahuilah fakta sebenar dan janganlah percaya penyebar dakyah vaksin dan teori konspirasi kerana mereka sebenarnya mahu menjual produk tertentu dengan kaedah pemasaran menakutkan manusia dengan keraguan dan cerita bohong.

Tiada konspirasi vaksin melainkan usaha keras dari pelbagai negara menghasilkan vaksin kerana ia adalah jalan keluar bagi menghentikan musibah ini. Yang ada hanyalah konspirasi di kalangan penjual produk yang mahu memperkenalkan produk mereka sebagai alternatif atas vaksin yang mereka takutkan.
Kenapakah ada orang Islam sendiri yang memburukkan satu produk kajian dari orang Islam sendiri? Kenapa bersungguhan mahukan orang Islam menjadi bodoh dengan cerita yang menyimpang dari fakta sebenar?
Pelikkan?
Dr Alzamani Mohammad Idrose
Nota :
1. artikel ini saya tulis untuk memberikan fakta yang tepat kerana saya dapati ada orang Islam yang dikelirukan terutamanya oleh golongan antivaksin. Orang Islam juga harus kembali kepada asas ajaran Islam yang menyuruh membuat kebaikan kepada seluruh jagat manusia dan alam.
2. Semua vaksin yang dihasilkan menggunakan legasi dari prinsip yang sama dari doktor-doktor Islam Uthmaniah yakni penghasilan antibodi.

 
Last edited:
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,594
Reaction score
1,953
Points
206
info yg menarik nih, terbaiklah

" Pasangan suami isteri ini adalah antara individu terkaya di Jerman dengan nilai aset melebihi RM 20 Billion. Walaupun kedua mereka adalah bilionair, mereka tidak memiliki kereta dan memilih untuk mengayuh basikal ke makmal tempat kerja. "

bior betol xdo keto, nk jln jauh camno?
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,441
Reaction score
2,796
Points
201
Artikel ni ada silap ttg maksud vaksin mrna keluaran pfizer.

"Semua vaksin yang dihasilkan menggunakan legasi dari prinsip yang sama dari doktor-doktor Islam Uthmaniah yakni penghasilan antibodi."

That is so not true..

Vaksin mrna adalah berbeza.. Is a new technology..

Totally berbeza dan tiada data untuk proof kata kedepan nanti tiada kesan buruk 3-5, 10 tahun.

Sebab tu, aku tak faham kenapa rakyat malaysia yang nak ambil vaksin tak dijelaskan tentang perkara ini terlebih dahulu.

Aku dah jelaskan info di thread antivaksin. Disana ada pelbagai info, dan soal jawab tentang vaksin. Tak menjadi masalah untuk ambil vaksin pfizer ni.

Pastikan diri sendiri dilengkapi ilmu tentang apa impak vaksin jenis mrna ini.

Vaccine maybe dibuat oleh saintis islam.

Tapi dia dikilangkan oleh, AS.

dan tak semua orang islam mengamalkan islam dengan baik. Kita tak tahu.

contoh je.

Takde tuduhan info islam vs teori konspirasi disini.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,995
Reaction score
2,147
Points
201
mana tuan akudotcom?

ada ni hehhe
1614327318862.png

sebenarnya kombinasi islam & yahudi
Robert borla ceo pfizer kan yahudi :p
Silap pak arab tak beli
Dia beli pasukan bola haha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register