BTC USD 62,490.4 Gold USD 2,636.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengasas Telegram ditahan di Paris

Sponsored Post

Bayangkan data2 yg kita duk share kat Whatsapp, FB, insta tu hehehe.

Bezanya kita org biasa je. Data kita x penting.

Tapi ye la, rasa x syok pula ada technician/engineer disebalik socmed tu dapat baca tgk apa kita buat kat socmed Diorg kan.


Hahahah.
apa yg tak syoknya, bkn dia kenal kita pon.. dan dlm ramai2 org yg guna, takyah fikir dia duk baca msg kita sorg je .. mana dan nak baca semua :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 

Pengasas Telegram Durov Hadapi Tuduhan Berkaitan Aktiviti Jenayah Di Platform​


a7c68d7929f34964649e6ebafda13a6966cfe4fccd75d

Pengasas Telegram Pavel Durov (Fail foto: Reuters)

Pengasas Telegram Pavel Durov menghadapi pertuduhan awal di Perancis atas dakwaan membenarkan aktiviti jenayah berlaku di aplikasi pesanan itu, menurut laporan media yang dipetik oleh Agensi Anadolu (AA) pada Rabu.

Pihak berkuasa menuduh Telegram memudahkan penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak, pengedaran dadah, penipuan, dan pengubahan wang haram.

Syarikat itu dilaporkan enggan bekerjasama dengan penyiasat, seperti yang dilaporkan oleh Sky News.

Telegram menafikan tuduhan itu dengan menegaskan bahawa dasar penyederhanaan mereka mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah dan memenuhi piawaian industri.

Menurut laporan media, syarikat itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai "tidak masuk akal," dengan berhujah bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan platform atau pemiliknya atas penyalahgunaan jenayah.

Durov, yang dilahirkan di Rusia dan memegang kewarganegaraan Perancis sejak 2021, ditahan selepas pesawat peribadinya mendarat di lapangan terbang Le Bourget dekat Paris.

Hakim di Perancis telah melarangnya meninggalkan negara itu sementara siasatan dijalankan.

 
apa yg tak syoknya, bkn dia kenal kita pon.. dan dlm ramai2 org yg guna, takyah fikir dia duk baca msg kita sorg je .. mana dan nak baca semua :ROFLMAO: :ROFLMAO:

Hahhaha. Life pro tips, dont trust anyone.

Lebih2 lagi zaman scammer dan godam2 blackmail ni semua.

Data is cash.

Gambar kita pun boleh di manipulate.
 
Pengasas Telegram Di Bebaskan Dengan Ikat Jamin

Pengasas Telegram Pavel Durov telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan di Perancis dan disoal siasat oleh seorang hakim penyiasat, menurut pendakwa raya Paris pada Rabu malam, lapor agensi berita Jerman (dpa). Menurut pejabat pendakwa raya Paris, siasatan rasmi telah dilancarkan terhadap Durov kerana disyaki tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung siasatan jenayah serta membantu dan bersubahat dalam kesalahan jenayah melalui aplikasi pesanannya. Durov yang dikehendaki di Perancis telah ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget Paris pada Sabtu, sebaik sahaja tiba dari Azerbaijan. Penahanannya berlaku di tengah-tengah siasatan awal mengenai kekurangan penyederhanaan dan kerjasama Telegram dengan pihak penguat kuasa undang-undang berhubung kesalahan pengedaran dadah, penipuan, dan kesalahan berkaitan penderaan kanak-kanak di platform media sosial itu, menurut media tempatan.

Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/717474
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register