BTC USD 42,654.7 Gold USD 1,776.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengasas NGO Di Dakwa Buat Komunikasi Jelik Di Facebook

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
27.07.2021 - Kuala Lumpur, Pengasas pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Refuge for the Refugees hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen melalui Facebook miliknya, tahun lepas. Bagaimanapun, Heidy Quah Gaik Li, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.

Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil 'Heidy Quah' pada 5.30 pagi, 5 Jun 2020. Hantaran itu kemudian dibaca pada 3.30 petang, 10 Jun 2020 di Pejabat Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala peguam New Sin Yew yang mewakili Quah memohon jaminan RM2,000.

"Jaminan RM7,000 itu terlalu banyak. Anak guam saya seorang aktivis dan pernah menerima beberapa anugerah termasuk Anugerah Women of the Future, jadi tiada risiko untuknya melarikan diri," kata peguam itu.

Mahkamah kemudian membenarkan Quah diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Sept ini untuk sebutan semula kes.​

1627376377446.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Kerajaan Patut Perbaiki Pusat Tahanan, Bukan Dakwa Aktivis

27.07.2021 - Kuala Lumpur, Ahli parlimen dan senator dari parti kerajaan serta pembangkang menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan terhadap pengasas Refuge for the Refugees, Heidy Quah. NGO dan penggiat badan sivil juga telah menyatakan solidariti mereka terhadap Quah dan mempersoalkan motif kerajaan di sebalik tindakan undang-undang tersebut. Quah didakwa pagi ini berhubung catatan Facebook pada Jun 2020 mengenai dakwaan penganiayaan pelarian di pusat tahanan imigresen.

Daripada mengejar aktivis, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia untuk Pembaharuan Penjara dan Semua Tempat Tahanan (APPGM) mendesak pihak berkuasa untuk mengambil maklum keadaan "menyedihkan" di pusat-pusat tahanan tersebut.

“Keadaan menyedihkan di pusat-pusat tahanan Malaysia adalah isu yang didokumentasikan dengan baik dan diketahui umum, yang diketengahkan oleh pelbagai organisasi selama bertahun-tahun. Ini adalah masalah yang memerlukan perhatian segera pihak kerajaan sekiranya Malaysia ingin dipandang serius berkaitan dengan hak asasi manusia. Sebaliknya, kerajaan sekarang terus mengecewakan dengan aktivis yang didakwa, dalam tindakan intimidasi yang jelas oleh pihak berkuasa, atas kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan keadaan yang memalukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, kumpulan itu berharap Putrajaya akan menumpukan perhatian untuk memperbaiki pusat tahanan imigresen yang terlalu sesak untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.

"Menghukum mereka yang bersuara tidak akan menyelesaikan masalah atau menutup kebenaran. Kami meminta agar tuduhan terhadap Quah digugurkan dan sebaliknya menggesa usaha alternatif kepada penahanan dan reformasi pusat tahanan yang sekian lama tertunda," katanya.

APPGM dianggotai oleh Ahli Parlimen Umno Pengerang Azalina Othman Said, Ahli Parlimen PBB Batang Lupar Rohani Abdul Karim, senator MIC Vell Paari, Ahli Parlimen Permatang Pauh dari PKR Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Sepanggar dari Warisan Mohd Azis Jamman dan bekas senator DAP Liew Chin Tong. Kumpulan itu juga dianggotai pakar penyakit berjangkit Universiti Malaya Dr Adeeba Kamarulzaman dan peguam Sangeet Kaur Deo.

Quah sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 233 (1) (a) (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya disabitkan kesalahan, Quah yang berusia 27 tahun itu akan dikenakan denda maksimum RM50,000, penjara satu tahun, atau kedua-duanya.

Dalam kenyataan yang berasingan, 79 NGO termasuk Asylum Access Malaysia, Carefugees, North South Initiative, Asia Pacific Refugee Rights Network, Yayasan Chow Kit dan Tenaganita juga menuntut tuduhan itu digugurkan.

"Mendakwa Quah untuk hantaran Facebook setahun setelah pertama kali dikongsikan juga menimbulkan pertanyaan tentang niat dan motif kerajaan terhadap seorang aktivis yang organisasinya aktif memberikan makanan dan bantuan asas menyelamatkan nyawa komuniti yang tidak banyak tempat bergantung," kata mereka.

Dalam kenyataan itu, yang juga ditandatangani oleh 67 individu, mereka meminta siasatan yang bebas dan telus mengenai dakwaan penganiayaan di pusat tahanan imigresen.

"Membiarkan bahaya terjadi, terutama bagi yang rentan, adalah kekerasan yang sebenarnya," tegas mereka.

Begitu juga, NGO Center for Combat Corruption and Cronyism (C4) mengecam kerajaan kerana mendakwa Quah yang mengetengahkan kemungkinan pelanggaran hak asasi manusia. Ia memberi amaran mengenai kesan tindakan tersebut terhadap pemberi maklumat.

“C4 mengecam tindakan ini dan meminta pihak berwajib untuk fokus pada penyiasatan dan penanganan aduan dan masalah yang telah diajukan. Justeru, kerajaan seharusnya mendakwa pelaku pelanggaran yang sebenarnya dan bukannya pemberi maklumat kerana membangkitkan masalah ini," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584822
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,963
Reaction score
2,199
Points
206
Apo statement yg amoi tu buek smpai kena dakwa di mahkamah? Bleh share?
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,982
Reaction score
347
Points
91
Nak tau gak apa dia kata tu... Kalau stakat kritik biasa tu xkan sampai nak kena dakwa...

Macam tu smpai bila2 negara kita xmaju
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,931
Reaction score
546
Points
86
pasal keadaan di kem tahanan..bukan kem pelarian..
digambarkan keadaan yg menyedihkan..makanan tak cukup..bekalanan air tak bersih.. terdapat jugak kes pukul,kematian etc..kes wanita beranak mendapat layanan buruk etc..
terdapat beberapa persoalan..
-gambar juga dikesan menggunakan gambar tahun 2008..bukan gambar waktu tu..
-juga, tiada pelawat dibenarkan melawat sepanjang sejak pkp 1 ,mcm mana dia leh jumpa wanita tersebut?
-makanan adalah mengikut kontrak tender, iaitu RM12 lau tak silap, sekepala,sehari..
aku ada tanya juga set2 yg pernah duduk kat kem tu, depa cakap makan mmg best..pastu layanan ok ,tak seburuk spt di penjara
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
hantar balik je negara masing2 .. xpayah nak tahan2 dalam pagar camgitu, macam haiwan kena kurung ..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register