tirani
Active+ Member
- Joined
- Jul 23, 2007
- Messages
- 2,639
- Reaction score
- 3
- Points
- 25
Pengarah urusan bayar jaminan RM1 juta
KUANTAN 2 Dis. - Seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang didakwa di atas 189 tuduhan kerana terlibat dalam penggubahan wang haram berjumlah hampir RM170 juta pada 23 Julai lalu, membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Pengarah Urusan Jai Network Systems Sdn. Bhd., Jailani Jabar, 48, yang turut dituduh menerima deposit tanpa lesen melibatkan pelaburan sebanyak RM222 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu, tiba di pekarangan mahkamah dari Penjara Penor kira-kira pukul 2 petang.
Dia yang juga pemilik sebuah pusat motivasi tiba dengan menaiki sebuah kereta berwarna hijau dengan dikawal beberapa anggota polis serta diiringi ahli keluarga dan peguam bela, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.
Selepas selesai proses ikat jamin lebih sejam, Jailani bergegas ke sebuah kenderaan yang menantinya di luar mahkamah.
''Saya akan cuba membayar ikat jamin isteri saya pula pada minggu hadapan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.
Pada 28 Julai lalu, Jailani dan isterinya, Latifah Taib, 47, yang didakwa atas 189 tuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram berjumlah hampir RM170 juta di Mahkamah Sesyen di sini, dituduh menerima deposit tanpa lesen melibatkan pelaburan sebanyak RM222 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pasangan suami isteri itu yang didakwa melakukan perbuatan tersebut melalui syarikat pelaburan milik mereka, Jai Network Systems, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Kedua-dua tertuduh telah mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah Mahkamah Sesyen di sini, di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain dan Hakim Habibah Mohamed Yusof pada 23 Julai lalu.
Jika disabitkan kesalahan, pasangan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
apa la punya bod0h piang hakim ni..pi bg jamin buat apa..dah la bg 1 juta aja..duit yg dia kaut sampai 170 juta..jamin 1 juta aja..pelaq toi..[/COLOR]