Pengarah syarikat mengaku tak bersalah tipu RM100j

CG Sponsors




nijesothebis

Active Member
Joined
Jul 13, 2006
Messages
1,707
Reaction score
78
Points
30
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat tuduhan menipu dan menjalankan perkhidmatan pasaran modal secara haram membabitkan pelaburan berjumlah RM100 juta.

Raja Noor Asma Raja Harun, 46, didakwa melakukan semua kesalahan itu di FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd dan FX Consultant di A-1-1, Jalan Rawang Mutiara 2, Bandar Rawang Mutiara 1, Rawang, antara 5 Feberuari 2007 dan 9 Mei 2008.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa menipu pelabur syarikatnya dengan menggunakan skim perdagangan dalam kontrak niaga hadapan.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 206 (a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 209, akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda minimum RM1 juta dan penjara tidak lebih 10 tahun.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Raja Noor Asma didakwa menjadi broker dan menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen yang sah.

Raja Noor Asma turut menghadapi pertuduhan alternatif iaitu menipu pelabur syarikatnya dengan menggunakan skim perdagangan dalam kontrak niaga hadapan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti, Jeremy Phang, menawarkan ikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin atas alasan jumlah yang terlibat dalam kes itu adalah besar.

Phang turut memohon agar mahkamah menahan pasport tertuduh memadangkan pihak pendakwa sering gagal menghubunginya.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Mohd Saifudin Mohd Aliff, memohon agar mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah berikutan semua akaun persendirian dan syarikatnya telah dibekukan.

Hakim S M Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis Bukit Sentosa sebulan sekali.

Bagaimapaun, Komathy membenarkan tertuduh membayar wang deposit sebanyak RM300,000 sebagai ikat jamin.

Beliau menetapkan perbicaraan kes selama lima hari bermula 25 Januari 2010. - Bernama
 
Sponsored Post

ejus

Active+ Member
Joined
Jun 25, 2007
Messages
2,536
Reaction score
0
Points
20
siapa nak mengaku kalau dah bersalah..
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
100juta maaa...:eek::eek:
banyak gile....
 

JamBu

Active Member
Joined
Jul 3, 2008
Messages
1,518
Reaction score
1
Points
25
adesssss
saje cr penyakit .......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register