BTC USD 57,379.0 Gold USD 1,795.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengarah Syarikat Buluh Mas tak mengaku bersalah

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,899
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pengiklanan, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd yang pernah didakwa atas 31 pertuduhan penggubahan wang haram, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap kesalahan yang sama membabitkan wang haram bernilai RM2juta.

Ame Hamzah Mat Atar, 51, kelihatan bersahaja di dalam kandang tertuduh dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut hari ini.

Dia didakwa terlibat dalam kesalahan itu dengan memiliki wang berjumlah RM2,113,208.54 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di dalam akaun miliknya di CIMB Bank Berhad.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, No 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, pada 6 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan pencegahan pembiayaan keganasan 2001 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau keduaduanya, jika sabit kesalahan.

Pada 22 Oktober lalu, tertuduh didakwa terhadap 31 pertuduhan bagi kesalahan yang sama di Mahkamah Sesyen Klang.

Hakim S.M.Komathy Suppiah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap Ame Hamzah berikutan persetujuan antara pihak pendakwaan dan peguam Md Yunos Shariff yang mewakili tertuduh untuk mengekalkan jaminan RM350,000 yang dikenakan Mahkamah Sesyen Klang sebagai jaminan yang sama.

Tertuduh turut diperintah oleh mahkamah Klang itu supaya melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Komathy menetapkan 21 Disember untuk kes itu disebut di Mahkamah Sesyen Klang.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Ungku Ismail dan Farez Rahman. BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

ezeynet

Super Active Member
Messages
8,839
Joined
Mar 11, 2009
Messages
8,839
Reaction score
4
Points
65
biz tepek stiker pun ada 2juta?peh!
kpd bekas2 ahli jangan tunggu lagi..jom sertai saya..klik ayat kat bawah ni..
geng2 seramik pun..jom!semuala!
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
habis tu cmne ngan duit2 ahli.. leh refund blk ker?
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
mesti ler tak ngaku salah....baru leh amik masa 3-4 tahun baru selesai
 

astrowan

CG Top Poster Club
Messages
22,317
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
huhuhuhuhu
ini macam susah nak pikir
kerajaan terlalu la

give me a chance.......
 

tokmat™

CG Top Poster Club
Messages
33,932
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
dah masuk mahkamah lagi ye..... :)
teruskan bicara tersebut.......
sia nantikan sahaja keputusan mahkamah..... :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register