Pengarah Selit Dialog Seksual Dalam 'Nyonya & The Gang'

CG Sponsors




azrulazman

CG Top Poster Club
Joined
Feb 11, 2010
Messages
30,406
Reaction score
150
Points
128
KUALA LUMPUR: Teater Nyonya & The Gang yang akan dipentaskan pada Jun depan akan mempunyai unsur-unsur seksual menerusi dialog-dialog dua maksud (double meaning) yang akan ditampilkan.

Bagaimanapun pengarahnya, Siti Rohayah Attan berkata, pihaknya tidak akan melebih-lebih teater yang menggunakan bahasa Indonesia itu kerana mahu ia dapat ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

"Teater ini terlalu artistik sebenarnya dan unsur seksual yang dimaksudkan ialah dialog bualan di antara nyonya-nyonya yang menggunakan pergerakan tubuh badan mereka.

"Namun saya tidak akan terlalu melebih-lebihkan perkara itu. Lagipun ada juga dialog dua maksud yang berunsur sinis," katanya pada sidang akhbar Nyonya & The Gang di Istana Budaya, di sini, Rabu.

Nyonya & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu pementasan.

Naskah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi manakala The Gang pula adalah karya baru yang ditulis oleh Rohayah.

Barisan pelakon yang akan terbabit dalam teater ini ialah Mardiana Alwi, Misha Omar, Rozita Che Wan, Amy Mastura, Taiyuddin Bakar dan Fara Fauzana.

Siti Rohayah mengakui, pemilihan artis-artis popular dalam teater tersebut adalah untuk menarik perhatian penonton serta penaja.

"Bajet untuk membikin teater bukannya sedikit, ia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM800,000.

"Dan syarikat penerbitan kami (CTRA Production) memerlukan bantuan penaja bagi menjayakan teater ini.

"Sebab itu pihak kami menawarkan artis-artis popular menyertainya. Bagaimanapun penekanan kualiti lakonan tetap diutamakan," ujarnya.

Teater Nyonya & The Gang bakal dipentaskan bermula 14 hingga 20 Jun depan.

Tiket berharga RM35, RM55, RM85 dan RM155 boleh ditempah menerusi ejen tiket www.AirAsiaRedTix.com atau hubungi 017-8716060 dan 012-2977220 untuk keterangan lanjut



http://mstar.com.my/hiburan/cerita....star_hiburan/20130411194239&sec=mstar_hiburan
 
Sponsored Post

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
bahasa indonesia? double entendre?
erm aku terfikir Memek muka je
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,610
Reaction score
21,073
Points
1,671
tarian nyonya yg pegang bakul tu menggiurkan
 

PokGuard

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2011
Messages
3,864
Reaction score
55
Points
30
Apa dialognya? Adakah skadar daya prnarik cuma?
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
bahasa indonesia? double entendre?
erm aku terfikir Memek muka je
"membutuhkan" pun ya juga...

itu favourite orang UMNO...




kalau orang UMNO makan sup, sekor ayam cuma ada satu tongking je, itu yang diorang satu family bergaduh... rebut tongking.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register