BTC USD 63,356.2 Gold USD 1,768.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengarah, Penerbit Filem Dampak Dinasihat Temu Seniman

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,843
Points
196
Pengarah, Penerbit Filem Dampak Dinasihat Temu Seniman


image.jpg

Pengerusi Seniman Zed Zaidi


BERIKUTAN kontroversi melibatkan pengarah filem Dampak dan penebitnya, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihatkan kedua-dua pihak agar bertemu dengan badan itu untuk mencari penyelesaian sebaik mungkin.

“Pengarah filem Dampak haruslah berjumpa dengan Ketua Biro Aduan dan Perundangan Seniman, Zahrin Ishak dengan membawa segala dokumen yang berkaitan agar khidmat nasihat dapat diberikan untuk mencari penyelesaian kepada kemelut ini.

“Jika setelah diteliti segala dokumen yang melibatkan kontrak di antara mereka berdua, kita akan tengok macam mana cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Selain itu, Zed yang dihubungi Sinar Harian Online hari ini turut menyarankan kepada kedua-dua mereka untuk menghantar segala dokumen itu melalui e-mel persatuan terbabit, [email protected].

Isu ini timbul apabila pengarah filem terbabit, Andy Mak menuntut penerbitnya, Displaymax Sendirian Berhad dan Ops Picture Sendirian Berhad untuk memberikan sebab namanya tiba-tiba digugurkan daripada filem terbabit ketika musim penggambaran filem itu masih lagi berlangsung dan penggunaan hak cipta intelek miliknya.

Dia membuat laporan polis Rabu lalu.

Sehubungan itu, Andy, 37, menuntut baki upah sebagai pengarah dan hak milik karya yang didakwanya telah dirampas, yang nilai keseluruhan dianggarkan RM128,000.

Andy, yang mempunyai pengalaman 18 tahun dalam bidang pengarahan iklan, kali pertama bertindak sebagai pengarah filem – menerusi Dampak.

Filem aksi ini dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Farid Kamil, Juliana Evans dan Scha Al-Yahya dan dijangka menemui penonton tahun depan.

Sebelum ini, Seniman telah berjaya menyelesaikan kemelut kontroversi yang berlaku di antara dua pelakon cantik, Neelofa dan Anzalna tanpa melibatkan sebarang tindakan perundangan di ambil oleh kedua-dua pihak.





 

CG Sponsors




Top
Log in Register