Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 65,206
Top Poster #4
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,206
- Reaction score
- 7,159
- Points
- 916
- Awards
- 1
04.09.2024 - Aktivis Orang Asli, Zurdi Baharu mendakwa pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Pahang Orang Asli Corporation (Oraco), selepas ketegangan memuncak antara syarikat milik kerajaan Pahang itu dan masyarakat Orang Asli bulan lepas .
“Sejak awal lagi, agenda Oraco telah merugikan masyarakat Orang Asli. Selepas konflik antara penduduk kampung Orang Asli dan Oraco, (pengarah Jakoa Pahang) Johari Alwi menjadi malu dan akibatnya meletak jawatan daripada Oraco. Isu Orang Asli telah dipolitikkan, dengan penglibatan individu Orang Asli yang bagaimanapun, tidak benar-benar mewakili kehendak dan aspirasi sebenar masyarakat akar umbi," dakwa Zurdi.
Pada 2022, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan bahawa Oraco ditubuhkan untuk memperkasakan Orang Asli dengan menjaga kebajikan dan kepentingan ekonomi mereka. Ketika dihubungi Johari memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak lagi boleh mengulas mengenai Oraco kerana baru sahaja melepaskan jawatannya dalam syarikat itu.
Kecewa Dengan JAKOA
Pada 1 Ogos lalu, seorang lagi aktivis Orang Asli, Eliana Tan, menyuarakan kemarahan dan kekecewaannya terhadap Jakoa dan kerajaan negeri Pahang kerana kurang berunding dengan masyarakat Orang Asli sebelum mengambil alih projek penanaman semula yang sebelum ini diuruskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda). Tan mendakwa Oraco mengambil alih projek tanaman semula komersial (TSK) Orang Asli walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung.
Susulan kenyataan Tan, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) mengeluarkan kenyataan pada 28 Ogos yang menyatakan ia kecewa dengan isu itu. JOAS menyatakan bahawa sebagai sebuah entiti milik kerajaan, Oraco harus memberi tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan Orang Asli, dan menggesa Oraco menghentikan semua aktiviti dan melibatkan diri dalam rundingan secara ikhlas dengan penduduk kampung.
“Adalah penting semua pihak berkepentingan, khususnya masyarakat Orang Asli, terlibat secara bermakna dalam perbincangan penggunaan tanah dan pengurusan sumber. Proses ini mesti memastikan hak, kepentingan, dan kesejahteraan Orang Asli dihormati dan dipertahankan,” kata kenyataan itu.
Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/718074