- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR - Seorang pengarah sebuah syarikat pelaburan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat tuduhan melakukan penipuan dan bertindak sebagai broker tanpa lesen yang sah melibatkan wang berjumlah RM100 juta.
Tertuduh, Raja Noor Asma Raja Harun, 46, didakwa melakukan kesalahan tersebut di FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd. beralamat di A-1-1, Jalan Rawang Mutiara 2, Bandar Rawang Mutiara 1, antara bulan Februari 2007 hingga Mei 2008.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rose Mawar Rozain bersama Pegawai Pendakwa, Susheel Kaur dan Jeremy Phang di hadapan Hakim S. M. Komathy Suppiah.
Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah dan minta untuk dibicarakan sebaik sahaja keempat-empat pertuduhan dibacakan.
Bagi tuduhan pertama dan kedua, Raja Noor Asma didakwa melakukan penipuan dengan menggunakan satu skim untuk menipu pelabur-pelabur dan untuk itu dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 83(a) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (Akta 499) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 88, akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda minimum RM1 juta dan penjara maksimum 10 tahun.
Ada warga CG yang kena ker?

Last edited: