BTC USD 65,333.8 Gold USD 2,313.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengantin akad nikah tema One Piece

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,355
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,355
Reaction score
4,707
Points
266
Awards
1
pengantin-one-piece.jpg


JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial kerana berpenampilan menyerupai dua watak siri anime popular Jepun, One Piece, lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam satu klip video yang dimuat naik di platform X, pengantin lelaki dilihat memakai rambut palsu berwarna perang dengan rambut hadapan hampir menutupi matanya.

Dia dikatakan menyerupai watak Sanji dalam One Piece.

Sementara itu, pengantin perempuan memakai baju kebaya warna krim yang dipadankan dengan rambut palsu merah jingga.

Penampilannya kelihatan seperti watak Nami dalam anime sama.

Pasangan itu duduk di hadapan jurunikah bersama saksi serta ahli keluarga yang hadir untuk upacara pernikahan mereka.

“Alhamdulillah, Sanji dan Nami sudah berkahwin. Petanda One Piece akan tamat,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Rupa-rupanya Sanji orang Singosari (dalam wilayah Jawa Tengah),” kata netizen secara berseloroh. – AGENSI

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register