BTC USD 65,953.3 Gold USD 1,785.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penganjur rampas barang jualan RM100,000

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR: Ditindas dengan sewa tapak gerai sehingga RM500 sehari tidak menggugat kesabarannya. Namun, dia tidak dapat bersabar lagi apabila barangan jualannya dirampas pihak penganjur tanpa sebarang notis.

Nur Afny Rizal, 27, yang menjalankan perniagaan pakaian di tapak promosi jualan Plaza Bukit Bintang lebih lima tahun, turut kerugian selepas tidak dapat menjalankan perniagaan selama dua hari kerana barangan jualannya dirampas dan disimpan di tempat yang tidak diketahui, pagi kelmarin. Menurutnya, penganjur bertindak sedemikian kerana mendakwa dia tidak membayar sewa tapak, sedangkan dia sudah membayar RM4,000. “Ketika datang ke tapak gerai pagi Selasa lalu, saya terperanjat apabila mendapati semua barang jualan bernilai hampir RM100,000, lesap. “Apabila ditanya kepada peniaga lain, mereka beritahu barangan saya diambil penganjur. Tindakan ini tidak adil dan saya kerugian hampir RM2, 000 sehari jika tidak berniaga,” katanya. Tindakan penganjur seolah-olah menganaktirikan peniaga tempatan kerana dipaksa berniaga di atas tapak lot yang mahal untuk promosi 48 hari. “Selama berniaga di sini, bermacam bentuk diskriminasi saya terima. Daripada kadar sewa tapak yang tidak munasabah sehinggalah suasana ruang niaga yang tidak ubah seperti pasar jalanan di Jalan Petaling.


“Sepatutnya peniaga seperti saya diberi kuota Bumiputera. Tetapi, sebaliknya saya dilayan lebih teruk dari warga asing yang turut berniaga di tapak ini,” katanya.

Menurutnya, peniaga warga asing di situ bukan saja menimbulkan masalah apabila menawarkan barangan yang sama dijualnya pada harga terlalu rendah, tetapi turut ‘memancing’ pelanggannya secara paksa.


Nur Afny berkata, penganjur menyediakan 44 ruang niaga di plaza itu dan selain dirinya, ada tiga lagi peniaga Bumiputera mencari rezeki di situ.


“Apa yang menyedihkan, Uda Mall Sdn Bhd (Uda Mall) yang memiliki kompleks ini seperti tutup mata walaupun sudah banyak kali aduan dibuat. Sampai barangan jualan saya dirampas penganjur pun tidak dipedulikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Uda Mall, Salamah Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan penuh bagi mencari jalan penyelesaian kemelut berkenaan.


Katanya, mereka perlu meneliti terlebih dulu aduan peniaga terbabit serta berhubung dengan pihak penganjur yang diberikan tanggungjawab terhadap tapak promosi berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.
 
Sponsored Post

sunnyfx

Super Active Member
Joined
Jan 6, 2008
Messages
7,802
Reaction score
73
Points
70
Kita terlalu berlembut...baik pada bangsa pendatang...sebaiknya pengadu buat aduan pasal bangsa asing yang berniaga. Hentam penguatkuasaan dalam paper...baru kekacuan dan demand dari pihak penganjur untuk menganaktirikan pengadu akan gagal. Perlu ingat..mana-mana Agensi Penguatkuasaan pun akan bertindak JIKA ADA ADUAN.
 

ARIFFX

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
harapkan kerajaan pun, kerajaan x boleh harap..
 

msaifziec

Active+ Member
Joined
Aug 4, 2010
Messages
2,571
Reaction score
62
Points
30
aku tengok org india skrng makin maju,cina x payah ckp la.diaorg sesama sendiri saling membantu.tetapi knp....
 

sfauzie

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
aku tengok org india skrng makin maju,cina x payah ckp la.diaorg sesama sendiri saling membantu.tetapi knp....

Betul tu bro...salahnya pun pada bangsa melayu kita ni juga...bila diajar...tak nak belajar betul2...yang tak diajar tu juga diikutnya...maksiat...rempit...ragut...yang banyak komplen anak2 kat sekolah pun melayu ni juga...sudahnya...anak tak kemana...yang sedap2 dok kat kerusi2 empuk kat kompeni2 yg besar tu...yang pegang jawatan2 tertinggi dlm kompeni2 besar tu adalah 2 bangsa di atas...sebab apa...sbb mereka terpelajar...sebab mereka cerdik...sebab mereka pandai merebut peluang...orang kita...sekadar memegang jawatan bawahan saja...yang tak ada kuasa apa2....akhirnya bangsa kita juga yang ditindas di negara sendiri...

Silap2 haribulan...senyap macam tu je la...
 

haniefmunchkien

Active Member
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,195
Reaction score
446
Points
51
Itu lah hakikat yg berlaku... apa nak heran...

lagi 10 org umat melayu cakap camni memang alamat sampai 20 tahun lagilah peniaga melayu akan terus di pijak, disepak mcm bola... sory bro, tp itu lah hakikat... :)) hakikat mcm ni lah kita melayu kena ubah... bukan terus redha sampai kiamat.. skali lg sory bro.. utk kebaikan bersama.. :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register