BTC USD 28,062.4 Gold USD 1,993.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penganjur Oktoberfest kawal ketat pengunjung

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_04.1.jpg


PESTA ARAK... Pengunjung Oktoberfest memenuhi lokasi tersorok di tempat letak kereta pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Walaupun penganjuran Oktoberfest dikecam pelbagai pihak, namun pesta arak yang didakwa tidak menghormati sensitiviti umat Islam tersebut tetap dikunjungi ramai terutamanya penduduk tempatan.

Tinjauan di tingkat empat tempat letak kereta pusat beli-belah 1 Utama dekat sini mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut seawal pukul 5.45 petang sebelum dibenarkan masuk pada pukul 6.15 petang.

Selain pengunjung tempatan, pesta tersebut turut disertai pengunjung luar negara terutamanya dari negara barat.

Bagi menggamatkan aktiviti tersebut, para pengunjung turut disajikan lagu pesta arak yang dimainkan dalam bahasa asing dan lagu-lagu rancak selain dibekalkan pelbagai jenis arak dan makanan barat.

Sumber Kosmo! yang berada di sana selama dua jam turut mendapati pihak penganjur mengenakan kawalan ketat di pintu masuk pesta tersebut bagi mengelakkan umat Islam dan individu bawah umur menyertai pesta yang diadakan selama tiga hari bermula semalam.

Setiap pengunjung perlu mendaftar di kaunter masuk dengan menunjukkan kad pengenalan kerana pihak penganjur melarang individu beragama Islam dan di bawah umur 18 tahun menyertai pesta itu yang diawasi polis bantuan pusat beli-belah berkenaan.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register