akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,720
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,720
- Reaction score
- 6,482
- Points
- 881
- Awards
- 1
Penganggur mengaku tak salah rogol, amang seksual pelajar
Tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa 15 tahun di sebuah rumah di Kluang pada 7 pagi 8 Ogos lalu.
FMT Reporters01 Sep 2024, 03:30 PM
Free Malaysia Today
Hakim Mahkamah Sesyen Muar membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Okt untuk serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.
PETALING JAYA:
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar baru dikenalinya awal bulan lalu.
Harian Metro melaporkan Muhamad Fakhrulrazi Muhamad, 21, membuat pengakuan itu di depan Hakim Sayani Mohd Nor.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa 15 tahun di sebuah rumah di Kluang pada 7 pagi 8 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) dan (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.
Mangsa dalam laporannya berkata, kejadian berlaku di rumah kakaknya ketika semua ahli keluarganya keluar bekerja.
Tindakan tertuduh terbongkar selepas abang mangsa terserempak seorang lelaki bersembunyi di belakang rumah dan bertanyakan mangsa yang menceritakan kejadian itu sebelum diminta membuat laporan di Balai Polis Kluang, 25 Ogos lalu.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Okt untuk serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram