Penganggur lalok hampir bakar rumah pusaka

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,843
Reaction score
213
Points
33
KEADAAN hadapan sebuah rumah yang dipenuhi longgokan kain langsir dan pakaian terbakar akibat perbuatan seorang penagih dadah di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas. FOTO Ihsan PDRM


Kepala Batas: Angkara berada di bawah pengaruh dadah menyebabkan seorang lelaki hampir membakar rumah pusaka keluarganya di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, kejadian berlaku kira-kira 10.40 malam disedari abangnya berusia 46 tahun lalu 'menangkap' adiknya dengan bantuan ahli keluarga sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, abang suspek yang sedang tidur terjaga selepas terkejut mendengar bunyi bising enjin motosikal di hadapan rumah.

Menurutnya, dia kemudian melihat adik lelakinya berusia 35 tahun sedang membakar longgokan kain langsir dan pakaian hingga hampir terkena struktur rumah berdindingkan batu.

"Abang suspek terus mengambil air dan memadamkan kebakaran lalu menangkap adiknya dengan bantuan sepupunya sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

"Dia (abang suspek) memaklumkan tidak bergaduh dengan adiknya, namun membuat laporan polis kerana bimbang dengan tindakan luar jangka lelaki itu hingga hampir memusnahkan rumah pusaka keluarga," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, abang suspek mengesyaki adiknya bertindak demikian kerana berada dalam pengaruh dadah kerana pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah, selain mempunyai rekod jenayah.

"Suspek yang juga seorang penganggur direman untuk siasatan mengikut Seksyen 435 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya.


== hmetro
 
Top
Log in Register