Penganggur dipenjara, denda kerana cabul anak saudara

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,594
Reaction score
3,781
Points
201
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencabul anak saudaranya.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 54 tahun itu selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini, dan penjara sebulan lagi jika dia gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa yang berusia 19 tahun, di tepi jalan berhampiran sebuah kedai runcit di Taman Wilayah Selayang, Sentul, pada jam 10 pagi 19 November 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dirinya tidak bekerja dan menghidap penyakit jantung, selain telah menyesal dengan perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, memohon hukuman setimpal dikenakan kerana kesalahan itu dilakukan di tempat awam sehingga mangsa mengalami gangguan emosi dan trauma.

Mengikut fakta kes, mangsa telah terserempak dengan tertuduh di sebuah kedai runcit lalu bertanya khabar bapa saudaranya, namun secara tiba-tiba tertuduh memeluk dan mencabul mangsa.

Mangsa kemudian berjalan ke kenderaannya tetapi diekori tertuduh yang masuk ke dalam kenderaan itu dan sekali lagi melakukan perbuatan sama ke atas tertuduh. – BERNAMA

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,882
Reaction score
2,043
Points
206
pasaipa dok merapu lagunie.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register