strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
IPOH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah memiliki 62.88 gram dadah jenis syabu pada Februari tahun lalu.
Sew Teck Keong, 29, dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai yang terletak di Hala Chemor 1, Taman Mutiara Chemor di sini, kira-kira jam 12.30 pagi 23 Februari tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dah boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup dan dikenakan tidak kurang 10 kali sebatan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badaruddin yang membuat keputusan itu turut menetapkan hukuman terhadap tertuduh berlangsung sejak tarikh tertudup ditangkap pada 26 Februari tahun lalu dan memerintahkan semua barang kes dilupuskan dan diserahkan kepada pihak pendakwaan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Haris Ong Jefrey Ong manakala tertuduh diwakili peguam J Harikrishnan.
http://www.bharian.com.my/node/11707