BTC USD 47,370.3 Gold USD 1,758.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penganggur dakwa cedera ditampar penghulu

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,286
Reaction score
395
Points
91
FB_IMG_1627049235288.jpg

Penganggur dakwa cedera ditampar penghulu

KOTA BHARU – Seorang penganggur mendakwa dirinya mengalami kecederaan selepas ditampar penghulu sebuah kampung apabila dituduh menularkan kisah penipuan cek tunai yang diterimanya di media sosial di Kampung Aur Duri, Salor di sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di sebuah kedai kopi kira-kira pukul 11.30 pagi kelmarin itu berlaku selepas mangsa berusia 58 tahun dipercayai tidak dapat mengeluarkan wang daripada cek tunai bernilai RM300 yang diterimanya daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas kematian isteri pada bulan lalu.

Menurut sumber, keadaan itu dipercayai menjadi punca mangsa telah menularkan kejadian yang menimpanya di media sosial.

Ujarnya, penghulu kampung yang tidak berpuas hati dengan mangsa telah datang ke sebuah kedai kopi di kampung tersebut sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Katanya, perselisihan faham itu menyebabkan penghulu dipercayai telah menampar pipi kiri, menepuk dahi lelaki tersebut beberapa kali selain menarik bajunya untuk keluar dari kedai kopi berkenaan, namun mangsa enggan berbuat demikian.

“Penghulu itu mahu mangsa supaya meminta maaf dan menarik semula perkara yang telah tular itu selain memaklumkan bahawa tidak ingin melihat lelaki berkenaan di kampung tersebut.

“Insiden itu dipercayai berlaku selepas mangsa menerima cek bernilai RM300 daripada seorang ADUN awal bulan ini sebagai bantuan kerana kematian isterinya pada bulan lepas,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Oleh ROSLIZA MOHAMED
23 Julai 2021, 5:38 pm
 

CG Sponsors




Top
Log in Register