hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 16,808
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 16,808
- Reaction score
- 1,080
- Points
- 201
Penganggur bunuh, bakar isteri terlepas tali gantung, dipenjara 30 tahun
Melaka: Penganggur terlepas tali gantung apabila hukumannya ditukar kepada penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini, hari ini atas kesalahan membunuh dengan cara membakar isterinya menggunakan petrol, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan tertuduh, A Ganesh, 51, dan mensabitkannya seperti pertuduhan pada perbicaraan kes pendakwaan, hari ini.
Anselm berkata, mahkamah meneliti fakta kes, keterangan 13 saksi pendakwaan setakat ini dan hujah pihak pendakwaan serta pembelaan.
"Selepas meneliti keseluruhan keterangan 13 saksi pendakwaan, fakta kes dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpendapat hukuman penjara 30 tahun bermula tarikh ditangkap pada 29 April 2019 adalah memadai dikenakan ke atas tertuduh," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nabilalif Mohd Rosli berkata, hari ini ditetapkan untuk sambung bicara, namun dimaklumkan oleh Peguam GM Bernard George bahawa tertuduh menukar pengakuan.
Dalam rayuannya, peguam memohon tertuduh dihukum penjara dan bukan gantung sampai mati kerana sudah insaf dan kesal atas kesalahan dilakukan yang berpunca kerana mengesyaki isterinya curang.
Ganesh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian S Vijeyanthy di bilik utama rumah di Taman Krubong Permai, Tanjung Minyak, pada 29 April 2019, kira-kira 5.30 pagi.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke zon merah dan bedah siasat mengesahkan kematiannya akibat komplikasi luka bakar yang teruk, manakala bomba melaporkan punca kebakaran disengajakan dan ada bahan penggalak iaitu petrol.
Artikel Harian Metro