akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,677
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,677
- Reaction score
- 6,407
- Points
- 881
- Awards
- 1
Penganggur ada 9 rekod lampau ubah pengakuan tak bersalah rogol pelajar
Muhammad Faiz memiliki sembilan rekod termasuk rogol dan cabul rogol mengaku tak bersalah merogol pelajar dalam bilik sewa di Segamat. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
MUAR: "Kamu fikirlah baik-baik, kalau kamu mengaku hari ini, mahkamah boleh pertimbangkan hukuman. Tapi kalau kamu didapati bersalah, kamu tahukan hukumannya."
Demikian teguran Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat terhadap seorang penganggur yang tiba-tiba menukar pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan merogol pelajar di sebuah bilik sewa di Segamat, awal bulan ini.
Prosiding hari ini adalah untuk fakta dan hukuman selepas tertuduh, Muhammad Faiz Mustafar, 28, yang memiliki sembilan rekod lampau termasuk kes rogol dan cabul, sebelum ini mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol kenalan berusia 16 tahun.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol pelajar dalam sebuah bilik sewa, di Jalan Mohd Yusof Abd Rahman, Segamat, 12.30 tengahari, 10 Julai lalu.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perbuatan itu terhadap mangsa dua jam kemudian dengan semua kejadian pada tarikh dan tempat sama.
Untuk kedua-dua pertuduhan ini, dia dakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh mengenali mangsa melalui salah seorang rakan sebelum membawanya menaiki motosikal bersiar-siar di bandar Segamat.
Tertuduh kemudian membawa mangsa ke bilik sewa milik kekasihnya yang ketika itu keluar bekerja dan melakukan perbuatan terkutuk.
Selepas melakukan perbuatan itu, tertuduh melarikan diri sebaik mengetahui mangsa membuat laporan polis namun dia berjaya ditahan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu.
Semakan polis mendapati tertuduh memiliki sembilan rekod lampau termasuk dua kes rogol, satu kes cabul selain pecah rumah dan juga curi kenderaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Susulan penukaran pengakuan tidak bersalah, mahkamah menetapkan 3 September ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.
Selain itu, tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh sebelum dia dibawa ke Pusat Koreksional Muar untuk tahanan sementara.