Penganalisis: Anwar Ibrahim Tak Mungkin jadi Perdana Menteri

Recommended Brokers

Latest Threads

Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,109
Reaction score
5,521
Points
1,316
Usah obses pada isu tukar PM, kata Kit Siang

Diterbitkan Hari ini 2:09 tengahari | Dikemaskini Hari ini 2:09 tengahari

PH diingatkan supaya tidak terlalu obses menentukan bakal perdana menteri pada waktu ini, sebaliknya memberikan perhatian penuh kepada usaha memenuhi janji-janji pilihan raya, kata Lim Kit Siang.

Kata setiausaha agung DAP itu, rakyat sebenarnya lebih berminat kepada usaha kerajaan melaksanakan janji yang diikrarkan sebelum ini, termasuk memulihkan ekonomi negara.

“Terlalu banyak keghairahan mengenai isu perdana menteri sedangkan rakyat Malaysia lebih berminat untuk mengetahui sama ada kerajaan PH boleh memenuhi janji-janjinya tentang perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti Malaysia Baru.

“Ini mesti jadi isu utama kerajaan PH dan sepatutnya cuma ada gangguan minimum daripada tugas utama kerajaan PH di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polemik mengenai siapa patut menjadi perdana menteri tercetus apabila segelintir penyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mahukan kepastian mengenai tarikh peralihkan kuasa dilakukan daripada Dr Mahathir Mohamad.

Isu perdana menteri terus hangat apabila pergeseran di antara kem Anwar dan timbalannya, Azmin Ali, terdedah dan berlaku secara terbuka baru-baru.

Ia disusuli dengan kenyataan Azmin yang menyokong pendirian Umno dan PAS supaya Mahathir dibenarkan menjadi perdana menteri sehingga parlimen dibubarkan untuk membolehkan PRU ke-15 diadakan.

Bersatu Johor juga turut menyatakan sokongan agar Mahathir dibiarkan menjadi perdaha menteri selama lima tahun.

Semua rasa terancam

Hari ini, Naib Presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin menyatakan sokongan sama kepada Mahathir untuk terus menerajui negara.

Mahathir pula beberapa kali mengulangi pendiriannya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti yang disepakati pemimpin PH sebelum ini.

Sementara itu, Lim yang juga Anggota Parlimen Iskandar Puteri berkata, beliau meminta satu kajian menyeluruh dijalankan terhadap manifesto PH.

Katanya ia dibuat kerana ramai rakyat Malaysia menyatakan rasa kecewa terhadap pembaharuan dan perubahan dibawa kerajaan PH yang dianggap lembab dan tidak dirasai,

Pada masa sama Lim mengkritik kerjasama Umno dan PAS yang membangkitkan rasa takut dan menimbulkan kecurigaan dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam.

Katanya, kedua-dua parti itu menyalahgunakan Islam untuk mengaburkan fakta.

“Keadaan luar biasa ini adalah di mana orang Melayu berasa terancam, orang Cina berasa terancam, orang India berasa terancam, orang Kadazan berasa terancam dan orang-orang Iban turut berasa terancam," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/486526
 
Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,093
Reaction score
846
Points
161

bile la si kit siang ni nk jd kit malam.... aku tgk dier steady jerk.. x nampak uzur lak... bp usia org tua ni eh
 
pemain

Active Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
1,506
Reaction score
108
Points
33

Atuk Dap dh bersuara... Adakah dap telah berubah arah? Adakah dsai bakal keempunan kali kedua?
 
lemangkebunbasri

Permanently Banned
Joined
Jun 13, 2019
Messages
1,083
Reaction score
33
Points
30
Aku setuju ckp Tok Mat. Siapa nak dtg melabur jika pemimpin kita bergaduh pasal jawatan PM.
 
jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
Undi Ahli Parlimen tentukan tempoh Tun M serah jawatan kepada Anwar - Khairuddin

Astro Awani | Published Ogos 02, 2019 21:23 MYT

Kaedah yang terbaik untuk menentukan tempoh khidmat Perdana Menteri masa kini sama ada harus berkhidmat separuh atau sepenuh penggal sepatutnya diserahkan kepada proses pengundian di Parlimen. - Gambar Sinar Harian

KUALA LUMPUR: : Undi Ahli Parlimen menentukan tempoh perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada harus menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada mana- mana pemimpin atau meneruskan perkhidmatan sehingga tamat tempoh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, seandainya proses pengundian berlaku di Dewan Rakyat, apa sahaja keputusan yang bakal dibuat mestilah dihormati oleh kesemua pihak sama ada ahli politik mahupun rakyat tanpa sebarang bentuk pertikaian lagi.

“Kaedah yang terbaik untuk menentukan tempoh khidmat perdana menteri masa kini sama ada harus berkhidmat separuh atau sepenuh penggal sepatutnya diserahkan kepada proses pengundian di Parlimen.

“Inilah kaedah yang terbaik dan adil bagi menentukan tempoh perkhidmatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh.

“Seseorang tokoh politik selaku Ahli Parlimen mesti mendapat sokongan majoriti untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Tanpa sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat, seseorang tokoh pemimpin itu boleh diusulkan dengan undi tidak percaya yang kemungkinan boleh menjatuhkannya sebagai seorang perdana menteri bila hilang kepercayaan majoriti di kalangan Ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataaan pada Jumaat.

BACA: 'Saya tak bercadang jadi PM untuk sepenggal, namun ... '- Tun Mahathir

BACA: Kekalkan Tun M jadi PM sepenggal cadangan yang baik - Mukhriz

Pada Khamis, Dr Mahathir menegaskan, akan tetap memegang janjinya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun ada permintaan agar terus kekal sepenggal.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, akan melepaskan jawatan itu apabila diyakini Malaysia dalam keadaan yang baik dan stabil.

Dalam pada itu tegas Khairuddin, proses pengundian di Parlimen untuk menentukan kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri akan memuaskan perasaan semua pihak.

“Proses pengundian secara telus dan adil di Dewan Rakyat juga adalah selari dengan amalan demokrasi di negara kita.

“Rakyat sudah jelek mendengar mengenai isu pengganti perdana menteri dan perbalahan bagi menentukan siapakah yang harus mengambil alih tampuk pentadbir nombor satu negara buat detik ini.

“Selagi keadaan kesihatan Dr Mahathir sihat dan mendapat kepercayaan majoriti dalam Parlimen; maka sepatutnya selagi itulah Dr Mahathir harus menjawat jawatan perdana menteri sehingga akhir penggal perkhidmatan,” ujarnya.

Katanya lagi, pada masa sekarang, ramai daripada pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga dalam Pakatan Harapan (PH) mahukan Dr Mahathir meneruskan perkhidmatannya.

“Mereka sudah nampak pelbagai ‘positive indication’ keadaan ekonomi negara berada di tahap semakin baik serta memberangsangkan.

“Paling penting kita penuhi amanah rakyat yang memenangkan PH pada PRU ke-14 untuk kerajaan baru terus membina semula negara dan bukan berebut kuasa sesama kita,” jelasnya.

Tambahnya, dunia luar dan pelabur kini mempunyai keyakinan tinggi kepada Dr Mahathir mentadbir negara mengikut acuannya yang tersendiri selain sedang berada di landasan terbaik buat masa ini.

“Maklum balas daripada rakyat di peringkat akar umbi turut memberi reaksi amat positif dan juga berpendapat biar Parlimen yang bakal menentukan kedudukan tempoh perkhidmatan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri.

“Satu usul khas haruslah dicadangkan pada persidangan Parlimen penggal akan datang bagi mengadakan proses pengundian untuk menentukan kedudukan Dr Mahathir sama ada harus menyerahkan jawatan kepada Anwar pada pertengahan penggal atau menghabiskan tempoh perkhidmatan sepenuh penggal.

“Biarlah proses pengundian dalam Parlimen menentukan kedudukan Dr Mahathir dan proses pengundian ini mestilah telus serta dijalankan secara seadil-adilnya,” katanya.

___

well not going to happen..

x bg, anwar akan rebel..

tun kene faham..

yg akan cucuk2 tu team anwar sendiri..

so pada masa itu.. anwar akan rebel..
 
jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
PU : Percayalah Tun M takkan serah kepada Anwar

KUALA NERUS 3 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO tetap percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad [STRIKE]tidak[/STRIKE] akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan begitu mudah.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki menegaskan, beliau yakin Anwar tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan selepas Mahathir.

Ini kerana jelasnya, sehingga sekarang Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum menarik balik tuduhannya terhadap Anwar sebagaimana ditulisnya di dalam bukunya bertajuk Doctor In The House.

Asyraf Wajdi berkata, beliau sekali lagi mengulangi cabarannya kepada Mahathir agar menarik balik tuduhan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana masalah moral.

“ Kami tunggu reformasi 2.0 bakal dilancar oleh Anwar Ibrahim sebab saya percaya Mahathir tidak akan serahkan kerusinya (Perdana Menteri) kepada Anwar kerana saya pernah cabar (Mahathir) dan saya nak ulangi cabaran saya ini.

“Hari ini saya cabar, perkara pertama kalau Mahathir benar-benar ikhlas nak beri kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, saya cabar untuk tarik balik tuduhan beliau yang ditulisnya sendiri dalam bukunya ‘Doctor In The House’ yang mengatakan Anwar tak layak jadi pemimpin kerana masalah moral, akhlak yang berkait rapat dengan liwat dan sebagainya,” katanya.

Asyraf Wajdi menyatakan perkara itu dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Dewan Serba Guna Tok Jembal di sini petang semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera serta kepemimpinan UMNO Kuala Nerus diketuai Ketua Bahagian itu, Mohd. Apli Yusof.

Asyraf Wajdi diminta mengulas isu kedudukan jawatan Perdana Menteri kelapan yang dikatakan bakal diserahkan oleh Mahathir kepada penggantinya, Anwar.

Beliau seterusnya berkata, Pemuda UMNO juga meramalkan akan tercetus reformasi 2.0 berikutan perkembangan politik antara Mahathir dan Anwar yang disifatkannya satu ‘sketsa’.

Justeru itu, katanya, pergerakan Pemuda itu sedia menunggu sehingga selesai ‘sketsa’ antara kedua-dua pemimpin tersebut. - UTUSAN ONLINE

___

Batu api.. ?

tp benda nih boleh dijangka..

dan spekulasi membawa kpd konflik..

Ramalan Reformasi 2.0 ?

Apakah ada peluang untuk ekonomi malaysia bertambah baik ?
 
cbergilo

Fun Poster
Joined
Jan 22, 2012
Messages
580
Reaction score
33
Points
20
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, untuk kelayakan menjadi perdana mnteri, seseorang itu perlu bertanding dalam kerusi Parlimen.

“Anwar tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan peraturan di mana setiap tahanan penjara tidak boleh bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

“Ia sudah termaktub. Kerana itu, saya katakan, perkara (jadi Perdana Menteri) tidak akan menjadi kenyataan,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, untuk jawatan Perdana Menteri, calon itu perlu menang di Parlimen dan ia perlu diperkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

“Selepas bebas nanti, beliau hanya boleh aktif sebagai ahli politik tetapi bukan untuk mentadbir negara.

“Tetapi, Anwar juga boleh dilantik sebagai senator atau jawatan Menteri oleh Perdana Menteri sahaja. Itupun hanya untuk tempoh dua tahun sahaja,” katanya.

Dr Ahmad Martadha berkata, tidak wujud masalah jika Anwar akan dibebaskan pada Tarikh 11 Jun 2018.

“Pentadbiran penjara mempunyai kuasa untuk melepaskan Anwar.

“Kebiasaannya tahanan yang tidak mempunyai masalah disiplin akan dibebaskan. Namun, adakalanya kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang berlaku di dalam sana (penjara), apa masalah mereka.

“Kerana itu saya katakan, semua keputusan membebaskan Anwar dibuat oleh penjara sahaja,” katanya.

Semalam, Presiden Pakatan Harapan Datuk Dr Sri Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan, suaminya Anwar bakal dibebaskan daripada penjara tidak lama lagi.

Katanya, jika tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada Jun ini.

"Insya-ALLAH Anwar dibebaskan pada 11 Jun," katanya dalam Amanat Presiden Pakatan Harapan sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka

Anwar, 71, kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Hingga kini, beliau telah menjalani hukuman penjara selama hampir setahun 10 bulan.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mensabitkan Anwar setelah membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Anwar didapati melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

http://www.sinarharian.com.my/politik/anwa...alisis-1.780357
sume ni dah jadi non-issue lg sbb dah pun jadi MP Port Dickson.
 
cbergilo

Fun Poster
Joined
Jan 22, 2012
Messages
580
Reaction score
33
Points
20
di awal usia yg masih muda, dah ada misi konkrit nak tolong anak melayu yg kandas dlm pelajaran. berapa ramai yg tahu mengenai Yayasan Anda Akademik?
Malangnya, dek kerana sodomi 1.0, sume jadi rosak belake :((
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,618
Reaction score
1,157
Points
196
PH ni hopeless.
satu apa pun tak mampu tunaikan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register