Penganalisis: Anwar Ibrahim Tak Mungkin jadi Perdana Menteri

Recommended Brokers


jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
Tun M buat deal senyap senyap ye..
ada kemungkinan peralihan kuasa selepas habis penggal kot, nampak gaya camgini..
x sepatutnya ada sbrng back deal..

tp aku hormat penderian tun..

sewajarnya jika dia dh x sudi nk serah kuasa..

adalah lebih baik bubar..

beri semula mandat kpd rakyat..
 
Sponsored Post

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
tak sepatutnya Azmin gi sambut dengan tangan terbuka statement sokongan UMNO-PAS pada Tun M..

Azmin sepatutnya tak perlu sebut apa apa, at least ucapan Azmin jangan nampak menyebelahi UMNO-PAS walau dalam bab sokongan pada Tun M.
Azmin patut buat ucapan separate..
takkan tak faham bab parti lain lain ni..


kalau ye pun desperate sangat nak menunjukkan sokongan pada Tun M menjadi PM sehingga habis sepenggal, Azmin kena buat ucapan separate. jangan mencampur sekali dengan UMNO-PAS..
azmin dh tawar hati dgn pkr..

masa utk jdi keras kepala dan buat statement sesuka hati.. :))
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
x sepatutnya ada sbrng back deal..

tp aku hormat penderian tun..

sewajarnya jika dia dh x sudi nk serah kuasa..

adalah lebih baik bubar..

beri semula mandat kpd rakyat..
tn jaws, jika Tun M tak sudi nak serah kuasa, maksudnya dia ambik pendekatan sebagaimana ikut peruntukan perlembagaan iaitu sokongan majoriti
selagi dia ada sokongan majoriti, selagi tu la dia kekal memegang kuasa PM sehingga habis penggal..

dah tentu bubar parlimen tu bukan lagi pilihan, malah takkan wujud pun



jika dilihat dari perspektif lain after giving a lot of thoughts, peralihan kuasa dalam masa 2 tahun ni berisiko juga jika mengambilkira kestabilan ekonomi dan politik, keamanan rakyat dan Negara akan ada sikit terjejas sebenarnya,

lagi la kalau melibatkan bubar parlimen, tu mmg out of order dah tu..
bubar parlimen bukan perkara yg bagus kalau dlm jangka masa terdekat..
even dua tahun lebih sikit pun..

ni antara benda yg patut kita give some thought :)
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
azmin dh tawar hati dgn pkr..

masa utk jdi keras kepala dan buat statement sesuka hati.. :))
setuju. dia dah start buat tindakan sesuka hati dia, tanpa langsung ambik kira impak dan kesan
langsung tak menghormati DSAI sebagai Presiden parti, dan tak hirau langsung pandangan parti..
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Hadi belum dapat maklumat hasil pertemuan PAS, PM

Diterbitkan Hari ini 5:25 petang | Dikemaskini Hari ini 5:25 petang



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, belum mendapat maklumat mengenai hasil pertemuan wakil parti itu dengan Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung pada 31 Julai lalu.

Menjawab soalan wartawan, Abdul Hadi berkata, beliau hanya akan menerima maklumat mengenai pertemuan berkenaan pada malam ini.

"Saya tak ada maklumat apa yang dia cakap dalam pertemuan itu... itu saya perlu taklimat (daripada wakil PAS).

"Malam ini saya akan berjumpa dengan wakil-wakil kita (PAS) yang berjumpa dengan Tun M (Mahathir) dia (mereka) akan laporkan," katanya pada sidang media di Rusila, Marang, dan dimuat naik di Facebooknya petang ini.

Semalam, perdana menteri mengesahkan berjumpa dengan beberapa pemimpin pembangkang dalam pertemuan yang mencetuskan pelbagai spekulasi. Antaranya ia membabitkan isu pertukaran perdana menteri.

PAS diwakili setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan, dan naib presiden Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein dan wakil Gabungan Parti Sarawak, Fadillah Yusof.

Bagaimanapun, Mahathir menegaskan bahawa beliau memang sering mengadakan perjumpaan dengan pelbagai individu termasuk wakil dari NGO.

"Seperti yang anda tahu, Presiden PAS sentiasa kata dia sokong saya. Tak ada perkara baru," katanya.

Sementara itu Abdul Hadi secara sinis menyindir Anwar Ibrahim yang mahu menjadi perdana menteri ketika beliau masih gagal menguruskan masalah dalaman PKR.

"Nak rebut tugas (jawatan perdana menteri) cepat sangat. Sepatutnya kita tidak jadi begitu [...] apa lagi dalam hal yang berlaku hari ini tak boleh hendak urus parti sendiri.

"Nak urus parti sendiri tak boleh...masalah (parti) perkara yang bukan berkait dengan rakyat, berkait dengan peribadi, selalu bahas hal peribadi, macam mana nak urus masalah rakyat?" katanya.

Jelas Abdul hadi lagi, PAS tidak mahu individu tertentu menentukan siapa yang layak menjadi perdana menteri.

Sementara itu, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa parti itu menyokong Mahathir menjalankan tugasnya selaku perdana menteri sehingga tamat mandat yang diterima melalui PRU ke-14 pada tahun lalu.

"Ya selagi dia (Mahathir) ada kelayakan, dia ada kemampuan," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/486436
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
tn jaws, jika Tun M tak sudi nak serah kuasa, maksudnya dia ambik pendekatan sebagaimana ikut peruntukan perlembagaan iaitu sokongan majoriti
selagi dia ada sokongan majoriti, selagi tu la dia kekal memegang kuasa PM sehingga habis penggal..

dah tentu bubar parlimen tu bukan lagi pilihan, malah takkan wujud pun



jika dilihat dari perspektif lain after giving a lot of thoughts, peralihan kuasa dalam masa 2 tahun ni berisiko juga jika mengambilkira kestabilan ekonomi dan politik, keamanan rakyat dan Negara akan ada sikit terjejas sebenarnya,

lagi la kalau melibatkan bubar parlimen, tu mmg out of order dah tu..
bubar parlimen bukan perkara yg bagus kalau dlm jangka masa terdekat..
even dua tahun lebih sikit pun..

ni antara benda yg patut kita give some thought :)
cek mek masih tegas dlm perihal bubar parlimen..

apa sebenarnya risiko yg malaysia bakal hadapi dgn situasi pembubaran parlimen bagi tempoh setahun/dua tahun menjadi kerajaan..?

- ekonomi merudum ? kita sedang ngadap..
- investor lari ? kita sedang ngadap..
- pembaziran kos pilihanraya ? hutang kian meningkat..
- kegagalan projek2 kerajaan ? yup.. ini kena akui.. but we will recover after voting..

untuk solve problem.. kena kembalikan kpd rakyat..

if not our nation cannot move fwd..

we need a moderate politic agenda to get going..
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,970
Reaction score
1,431
Points
141
setuju. dia dah start buat tindakan sesuka hati dia, tanpa langsung ambik kira impak dan kesan
langsung tak menghormati DSAI sebagai Presiden parti, dan tak hirau langsung pandangan parti..
terserah kpd anwar utk pujuk azmin..

aku nak tgk skill anwar dlm problem solving isu azmin..

as a leader.. anwar dgn team penasihat dh boleh calculate the risk..
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
terserah kpd anwar utk pujuk azmin..

aku nak tgk skill anwar dlm problem solving isu azmin..

as a leader.. anwar dgn team penasihat dh boleh calculate the risk..
aah samalah, nak tengok mcmana parti handle Azmin ni.

Azmin ni mcm dah bebas sangat, tak terkawal dah, buat cara sendiri, bawak haluan sendiri..
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Zuraida pun sokong Dr M kekal PM 5 tahun

Diterbitkan Hari ini 11:18 tengahari



Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini menyambut baik cadangan membiarkan Dr Mahathir Mohamad meneruskan khidmatnya sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal ini.

Mendoakan Mahathir agar "panjang umur" Zuraida berkata tempoh lima tahun diperlukan bagi membolehkan pengerusi PH itu memastikan kestabilan negara sebelum menyerahkan kuasa kepada penggantinya.

"Saya fikir demi negara perlu untuk beliau terus menjadi perdana menteri untuk sepenuh penggal.

"Saya menyambut baik dan berdoa Mahathir dipanjangkan umur," katanya kepada media semasa ditemui di Taman Melawati, Kuala Lumpur hari ini.


Isu peralihan kepemimpinan kerajaan daripada Mahathir kepada perdana menteri kelapan negara menjadi semakin hangat sejak akhir-akhir ini dengan kesannya turut menonjolkan krisis dalaman PKR.

Menjelang PRU ke-14 lalu persefahaman yang dicapai dalam kalangan pemimpin PH ialah, Mahathir menjadi perdana menteri menggantikan Najib Razak untuk seketika dan akan menyerahkannya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, apabila tiba masa yang dianggap sesuai.

Dalam PKR sendiri wujud satu kumpulan yang mendesak agar Anwar diberikan tanggungjawab itu sebelum PRU ke-15 - yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2023 - manakala satu kumpulan lain mempunyai pandangan berbeza.

Zuraida memang diketahui menyertai kumpulan yang bertentangan dengan Anwar.

Menurut Zuraida isu yang menjadi kebimbangan pihaknya ialah kesinambungan pembangunan yang dirancang Mahathir mungkin terjejas apabila kuasa diserahkan sebelum cukup tempoh lima tahun.

"Ia mengenai kesinambungan, kerana kita bimbang apabila beliau sudah menetapkan landasan - katanya dalam dua tahun pertama - kesinambungan untuk menstabilkan (negara) memerlukan masa lima tahun.

"(Maksudnya) itu ialah tempoh selama satu penggal. Dan apabila berlaku penyerahan kuasa, dari situ ia lebih mudah, rangka kerja sudah ada. (Kita) hanya bergerak dari situ," katanya.

Zuraida merupakan pemimpin kanan PH kedua menyatakan sokongan terhadap idea Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyarankan Mahathir dibenarkan terus menjadi perdana menteri sehingga mandat yang diperolehi PH pada PRU ke-14 lalu tamat.

Sebelum ini pemimpin PH yang menyambut cadangan tersebut ialah Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

https://www.malaysiakini.com/news/486502
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Peralihan PM: Jangan pentingkan diri sendiri, kata Zuraida

Diterbitkan Hari ini 12:09 tengahari



Pemimpin PH wajar mengetepikan kepentingan peribadi dan politik sebaliknya mengutamakan negara dalam isu peralihan kuasa perdana menteri, kata Zuraida Kamaruddin.

Naib presiden PKR itu berkata semua pihak dalam PH tidak harus bersikap mementingkan diri sendiri dan pada masa sama mengambil pendekatan fleksibel menangani persefahaman mengenai isu penyerahan kepemimpinan negara daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.

Ditanya mengenai perjanjian disepakati Majlis Presiden PH sebelum PRU tahun lalu, Zuraida berkata, ia tetap boleh dibincangkan.

"Hal itu boleh dibincangkan dalam mesyuarat PH.

"Kalau semua anggota (Majlis Presiden PH) matang, mereka akan memikirkan apa yang lebih penting: kemajuan negara, atau kemajuan individu? Atau kemajuan sesuatu parti?

"Justeru kita perlu melihat kepada kepentingan negara secara keseluruhan, tak boleh pentingkan diri sendiri seperti sekarang," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Zuraida yang juga anggota parlimen Ampang itu ditanya mengenai proses petukaran perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar seperti yang dinyatakan dalam manifesto PH tahun lalu.

Ketika pertembungan di antara dua kumpulan dalaman PKR semakin terbuka, sesetengah kumpulan - termasuk pembangkang - mendesak agar Mahathir dibiarkan menjadi perdana menteri sehingga penggal kali ini berakhir.

Satu pihak lagi pula cenderung mahu anggota parlimen Langkawi itu menyerahkan kuasa perdana menteri kepada Anwar lebih awal.

Zuraida juga dilihat menyasarkan Anwar apabila ditanya sama ada beliau bermaksud PH tidak seharusnya meletakkan kepentingan individu untuk menjadi perdana menteri.

"Tak boleh, betul, tak boleh.

"Kalau saya pun sebagai menteri tak (berkhidmat) dengan baik, tolong tukar saya. Itu sikap yang sepatutnya," kata Zuraida.

https://www.malaysiakini.com/news/486515
 
Sponsored Post
Top
Log in Register