BTC USD 42,075.6 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penganalisis: Anwar Ibrahim Tak Mungkin jadi Perdana Menteri

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,594
Reaction score
21,638
Points
1,671
Bercakap pasal bekas banduan...

Kat Meysia ni, kebanyakkan bekas banduan selalunya susah nak dapat kerja atau dipercayai oleh orang ramai termasuk adik beradik, sedara mara atau sesiapa pun memandangkan mereka ada rekod jenayah. Dah insaf pun, tetap ramai orang tak caya. Jangan harap lepas keluar penjara, ada orang nak sokong sampai mengidolakan mereka.

Tapi ada seorang bekas banduan yang paling seronok di Meysia ni. Dia dapat segalanya yang bekas banduan lain tak dapat. Mimpi pun jangan harap....

Dia siap dapat pengampunan Sultan walaupun tak ada bukti sahih keinsafan atau berubah menjadi baik (macam yang diperlukan dari banduan lain) sebab dia nak sambung kerja politik dia. Dia juga mungkin dapat jadi PM.

Kalau bekas banduan lain atau pun banduan lain yang sedang menjalani hukuman, jangan harap la. Kalau nama bukan Anwar Ibrahim, tanggunglah kau rekod lampau kau, payah nak cari kerja, payah nak hidup pun kadang2 kat bumi Meysia ni. Kalau dapat pengampunan Sultan pun, tetap orang panggil kau "bekas banduan", tetap orang tak pandang atau puja kau.

Jadi, sapa2 nama Anwar Ibrahim tu, bersyukur la... Kalau nama kau Abu ke, Muhammad ke, Ali ke, jangan harap kau boleh hidup happy lepas keluar penjara.

Menyampah tengok semua orang politik ni termasuk dia. Semua sama je. Paling menyampah tengok orang yang memuja2 diorg ni sampai jadi ***** otak tu tak tau beza mana baik, mana buruk.

Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,992
Reaction score
2,206
Points
206

this is sad but true aaaaaaaarrgghhhh

2618918

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,671
Reaction score
1,421
Points
111
Kenapa Umno terima Azmin tapi bukan Anwar
 
jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,341
Reaction score
6,058
Points
321
Up sikit kenangan anwar dlm persidangan umno..
Zaman ni mmg tip top..

Lepas tu hancur..

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
8,285
Reaction score
1,272
Points
151
Up sikit kenangan anwar dlm persidangan umno..
Zaman ni mmg tip top..

Lepas tu hancur..

1630245717952.png

TokPa langsung xrasa klaka

spi skrg masih ada TokPa
 
jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,341
Reaction score
6,058
Points
321
Update sikit keterbukaan bang non..
Simpan utk anak cucu tgk.. 😅

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,315
Reaction score
2,796
Points
201
Peguam gagal cabar kesahan pengampunan penuh Anwar berhubung kes liwat

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan saman pemula seorang peguam untuk mencabar kesahan pengampunan penuh yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nasihat Lembaga Pengampunan berhubung kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Has Zanah Mehat yang bersidang bersama Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak dan Datuk Lee Heng Cheong selepas membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan tanpa kos.

Mahkamah berpuas hati rayuan kedua-duanya mempunyai merit kerana saman pemula yang dikemukakan oleh Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz jelas tidak dapat dipertahankan kerana ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.

Sehubungan itu, mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Presiden PKR itu dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula tersebut.

Hakim Has Zanah ketika menyampaikan keputusan itu menyatakan, Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana tidak mematuhi senarai autoriti Mahkamah Persekutuan terdahulu bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan merupakan kuasa prerogatif yang tidak boleh dipertikai atau disahkan di mahkamah.

Pada hemat panel tersebut, mahkamah tiada bidang kuasa mendengar prosiding pertikaian seperti itu kerana kuasa pengampunan termaktub di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang mana ia tidak terhad kepada hukuman, malah turut melibatkan sabitan.

Hakim Has Zanah turut menyatakan peguam itu tiada hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk mempersoal pengampunan penuh yang diberikan oleh Seri Paduka kepada Anwar.

Mahkamah berpendapat, proses pengampunan itu tidak dalam mana-mana cara menyerang atau memberi kesan kepada kepentingan peribadi mahupun haknya di sisi undang-undang.

Berhubung isu komposisi Lembaga Pengampunan, mahkamah berpuas hati bahawa ia ditubuhkan secara sah di bawah Perkara 42.

Pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah bagi pihak Anwar, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili Lembaga Pengampunan manakala Mohamed Haniff Khatri Abdula mewakili Mohd. Khairul Azam.

Pada 21 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula Mohd. Khairul Azam selepas berpuas hati selaku orang awam dan peguam, beliau mempunyai hak di sisi undang-undang memfailkan saman berkenaan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati, saman itu melibatkan prosedur dan undang-undang serta boleh didengar di mahkamah kerana Yang di-Pertuan Agong ketika itu menjalankan fungsinya sebagai cabang Eksekutif sewaktu memberikan pengampunan kepada Anwar.

Dalam saman pemula difailkan pada 26 Februari tahun lalu, Mohd. Khairul Azam berkata, selepas dua hari kerajaan baharu dibentuk, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang media pada 11 Mei 2018, mengumumkan Yang di-Pertuan Agong bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh diberikan kepada Anwar bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Mohd. Khairul Azam mendakwa, walhal lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.

Anwar dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dan sabitan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan rayuan pengampunan Anwar, menyebabkan nasihat diberikan tidak sah dan terbatal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson tersebut memfailkan permohonan membatalkan saman pemula pada 13 Mei tahun lalu atas alasan antara lain ia adalah remeh, memalukan serta menyalahgunakan proses mahkamah. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register