Penganalisis: Anwar Ibrahim Tak Mungkin jadi Perdana Menteri

CG Sponsors




Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,449
Reaction score
2,003
Points
201
Pls la anwar naik PM
Kasi berapi sikit :ROFLMAO:
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,035
Reaction score
2,616
Points
201
bos yg dulu nk non pon dh serik kan :ROFLMAO:
Kalau dia ada number..
Aku sokong dari jauh..

Tpi team dia semua x boleh pakai..
Klo dia jdi PM sekalipun..
Dia xda team yg sokong dia untuk agenda perubahan..

Yang ada cuma team² sampah yg nk jawatan dan projek..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206

Big Live : Grand Coalition Akan Memberi Anwar Ibrahim Menjadi PM. Betul Atau Tidak?
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,171
Reaction score
1,867
Points
206
Anwar diminta bantu penduduk PD, bukan asyik berbalah isu politik
SARINAH MAT KASIM | | 15 Januari 2021

941286.jpg

Megat Faris (kiri) semasa menerima surat lantikan daripada Ketua Biro NGO dan Belia Armada Nasional, Abqaree Fawwaz Abekan, pada Khamis.
A
A
PORT DICKSON - Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta selalu turun ke kawasannya bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, bukannya terus berbalah dalam isu politik.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Cawangan Sirusa, Megat Muhammad Faris Megat Ismail berkata, sebagai ahli Parlimen, beliau perlu memberi perhatian kepada peningkatan kes Covid-19 di Port Dickson.

"Anwar Ibrahim sepatutnya mengambil peluang ini untuk terus berada di kawasan dan bersama rakyat Port Dickson bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik ini.

"Bukannya terus berbalah dalam isu politik dan meminta supaya darurat dibatalkan. Ia tidak bagus untuk kerajaan terutama mereka yang bertugas di barisan hadapan dalam menangani penularan Covid-19," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar hantar surat kepada semua MP rayu Agong batal darurat

Menurutnya, pengisytiharan darurat yang diumumkan kerajaan adalah tindakan tepat bagi membolehkan semua pihak memberi tumpuan kepada kawalan jangkitan Covid-19.

Tambahnya yang juga Ahli Jawatankuasa Biro NGO dan Belia Armada Nasional, dalam keadaan sekarang ini Anwar sepatutnya memikirkan keperluan rakyat berbanding kepentingan politik.

Katanya, sebagai anak jati Port Dickson, ramai yang mengatakan bahawa sukar untuk bertemu ahli Parlimen tersebut, memandangkan beliau tinggal di luar Negeri Sembilan.

"Kami berharap dapat berjumpa ahli Parlimen selalu, kerana banyak isu dan masalah yang ingin dikongsikan bersama memandangkan pelaksanaan PKP banyak menjejaskan sumber pendapatan peniaga di pantai peranginan negara ini," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-penduduk-PD-bukan-asyik-berbalah-isu-politik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register