Penganalisis: Anwar Ibrahim Tak Mungkin jadi Perdana Menteri

CG Sponsors




nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,043
Reaction score
245
Points
38
Rasanya hujung tahun ni parlimen dah boleh pindah ke sungai buluh. Ramai sangat kat dalam. Mariah. :D
hahahah..

kat dlm nanti, lau ada pemilihan badan wakil banduan, atau pemilihan ketua bilik ( checker ) bolehla depa2 masuk bertanding ..
 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
777
Reaction score
314
Points
41
lokman noor adam tu dulu org kuat pkr.. ketua pemuda pkr johor.. dah biasa masuk kedalam pasal politik ni

banyak benda yg dia dah tau pasal bang non .. chegu bard pun sama .. zul kulim sekali.. search dkt youtube je

ni semua orang dalam.. dah tau cerita sebenar, yg bebaru ni pun ramai .. tengoklah apa dia kata pasal bang non

tp masih ada lagi yg dok sokong membuta tuli tu.. nak sampai bila? reformasi dah basi bang.. lebih 20 tahun dah :p

benda ni keluar pun aku tak terkejut dah .. malas nak ambik port.. janganlah dia ajak org turun ke jalanan je lagi..

focus jelah dekat jaga anak bini.. itulah yg jaga sakit pening kita nanti.. bang non tak kenal pun kita ;)

 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,528
Reaction score
706
Points
121
*Kes Anwar, pemfitnah dan harga diri*
_Oleh: Zunar_
_(16 Ogos 2020)_

Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.

Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.

Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.

Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham)
mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.

Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.

Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:
Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"
Azizan: "Ya"
Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"
Azizan: "Saya tak tahu".
Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"
Azizan: "Ya".
Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"
Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).
Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.

Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.

Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.

Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi PM.

Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondo. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman
berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik dalam anusnya.
Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.

Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan, tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.

Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan timbalan perdana menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-dua enggan.

Apa persamaan antara keempat-empat nama yang diatas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.

Jamal Amro di tawarkan sekitar RM838.000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihanraya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.

Saya catatatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.

Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.

Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.

Secara moral, kita dalam terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur

*_Mmg Haram jadah Dan laknat pd puak2 yg terus memainkan fitnah di atas_*👆


Kopipeh
Entahlah ye... Tiap berapa tahun bila timbul kes camni saya akan Google dan cuba buat kesimpulan. Sejujurnya sampai sekarang saya masih dok atas pagar Dsai ni orangnya lurus ke serong.
Selagi dia masih dalam politik dan merebut kuasa selagi tu akan timbul kemungkinan fitnah. Lainlah kalau dia dah pencen jadi pekebun felda tau2 ada orang kampung tuduh... mungkin lebih benar.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,938
Reaction score
1,693
Points
151
Entahlah ye... Tiap berapa tahun bila timbul kes camni saya akan Google dan cuba buat kesimpulan. Sejujurnya sampai sekarang saya masih dok atas pagar Dsai ni orangnya lurus ke serong.
Selagi dia masih dalam politik dan merebut kuasa selagi tu akan timbul kemungkinan fitnah. Lainlah kalau dia dah pencen jadi pekebun felda tau2 ada orang kampung tuduh... mungkin lebih benar.
kalau video abg azmin liwat tu mcm mana pula bos? :unsure:
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,401
Reaction score
2,214
Points
191
Bosan kes liwat anwar..
Dri dlu smpi ke skrng kes liwat..
Kes azmin pun xleh settle..
Aku tunggu ruu355..
Negeri kuat kuasakan hukuman liwat..
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,938
Reaction score
1,693
Points
151
Rimas, rimaslah saya - IGP ulas kes liwat terbaru
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyuarakan rasa kurang enak berhubung dakwaan liwat terbaru melibatkan seorang ahli politik pembangkang terkemuka.

Kes berprofil tinggi ini merupakan yang kedua ketika PDRM di bawah teraju beliau. Kes pertama membabitkan Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali.

"Rimas, rimaslah saya dalam hal-hal macam ini.

"Ia membuang banyak masa. Tetapi oleh kerana satu laporan polis telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.

Tuduhan liwat itu dibuat dalam akuan berkanun (SD) bertarikh 29 Jun lalu yang memperincikan hubungan seksual seorang lelaki dengan ahli politik itu di beberapa hotel pada 2013.

Dia turut mendakwa bahawa atas permintaan ahli politik itu, dia juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan dan kedua-duanya melakukan hubungan seks.

Terdahulu hari ini, Malaysiakini melaporkan lelaki itu juga dikatakan telah memfailkan satu laporan polis mendakwa berlaku manipulasi tetapi tidak dapat disahkan.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merekodkan kenyataan pesuruhjaya sumpah mengenai hal itu.

"Di mana pesuruhjaya (sumpah) afidavit itu dibuat telah diambil kenyataan," katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan pihak polis sedang merekod kenyataan daripada lelaki yang membuat SD itu.

Malaysiakini sudah menghubungi Pesuruhjaya Sumpah yang bertanggungjawab terhadap SD, yang mengesahkan bahawa SD berkenaan telah difailkan dan ditandatangani di hadapannya.

"Ya, SD dibuat oleh orang yang menandatangani dokumen itu," katanya dalam pesanan teks.

Malaysiakini juga menghubungi pengadu. Dia mengesahkan bahawa laporan polis dibuat tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

"Saya sangat tertekan. Kes ini dalam siasatan polis. Biarkan PDRM (polis) menjalankan tugas mereka," katanya.

Malaysiakini juga telah menghubungi ahli politik itu untuk memberi komen mengenai tuduhan tersebut.

SD itu pertama kali diterbitkan di blog Malaysia Today pada hujung minggu.

Pada bulan Januari tahun ini, Hamid memaklumkan kes video melibatkan Azmin, yang ketika itu timbalan presiden PKR, masih terbuka.

Ini walaupun Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan perkara tersebut dengan alasan resolusi video itu terlalu rendah sehingga identiti mereka yang terlibat tidak dapat dipastikan.

Pada masa itu, kemunculan video itu dikaitkan dengan perebutan kuasa dalam PKR antara Presidennya, Anwar Ibrahim dan Azmin.

Selain tuduhan liwat, polis juga terpaksa menangani tuduhan Anwar melakukan serangan seksual.

Pada 14 Januari tahun ini, Jabatan Peguam Negara mengumumkan tiada tuduhan yang akan dikenakan terhadap Anwar kerana kekurangan bukti.

——
Sy pun geli heheh
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,011
Reaction score
264
Points
51
Aduhh.. Takkan lah UMNO takut sangat dengan Anwar ni..

Sikit2 isu liwat.. Kalau nak menang tu gentleman lah sedikit.. Bukan main isu liwat je untuk penjarakan Anwar..
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,401
Reaction score
2,214
Points
191
Aduhh.. Takkan lah UMNO takut sangat dengan Anwar ni..

Sikit2 isu liwat.. Kalau nak menang tu gentleman lah sedikit.. Bukan main isu liwat je untuk penjarakan Anwar..
Masa kes azmin dlu..
Bkn org umno yg open news..
Tp org dalam pkr..
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,439
Reaction score
569
Points
126
hati hati komen tuduh orang liwat. nanti korang kena heret sama. sapa tak faham sudah. kita jaga kita.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register