Pengalaman misteri Titi Kamal

Recommended Brokers


Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
571
Reaction score
87
Points
20
Titi Kamal kongsi detik seram penggambaran filem 'Makmum'
Ogos 20, 2019 23:28





PELAKON Indonesia, Titi Kamal mendedahkan dia berdepan dengan pelbagai perkara misteri semasa menjalani penggambaran filem Makmum.

Menurut Titi, ketika menjalani lokasi penggambaran di Ciherang, Sumedang Selatan, Jawa Barat yang terkenal sebagai kawasan ‘keras’ sudah membuatkan dia takut berikutan rumah itu sendiri didakwa berhantu.

“Ketika salah seorang pelakon, Tissa Biani sedang melakonkan adegan solat seorang diri di dalam surau, lokasi sebenar tempat itu merupakan sebuah rumah mayat yang sudah lama tidak digunakan.



Makmum mengisahkan Rini (Titi Kamal) seorang penjaga rumah mayat diusir keluar dari rumahnya dan memilih untuk bekerja di asrama puteri




“Waktu itu semua sudah senyap di set dan tiba-tiba ada suara berbisik kecil sama seperti yang anda dengar di trailer menyebut ‘Allahuakbar’.

“Jadi pengarah bertanya, siapa yang bersuara kerana bunyi itu kedengaran sangat dekat. Tapi waktu itu semua senyap jadi itu ternyata bukan suara kami,” cerita Titi.

Makmum merupakan filem seram pertama buat Titi dan berdepan dengan pengalaman diganggu perkara misteri tidak melemahkan semangatnya.

“Seorang lagi pelakon, Bianca Hello ada bersama saya di satu ruangan dan ketika itu, saya sedang tidur.

“Dia kemudiannya mendengar seseorang yang sedang bernafas dengan laju dan bunyinya agak dekat. Tetapi saya waktu itu sedang tidur dalam keadaan yang biasa,” ujar Titi lagi.

Malah, tidak hanya pelakon, kru penggambaran juga turut berdepan peristiwa dikacau oleh ‘perkara’ ini.





“Ada seorang kru penggambaran yang merupakan orang terakhir yang tinggal di set penggambaran setelah kami semua pulang.

“Jam 12 malam, dia terdengar seperti bunyi seseorang sedang mandi di bilik air. Jadi dia pun tunggulah, mungkin ada kru atau pelakon yang masih belum pulang.

“Lama dia tunggu dan kemudian bunyi mandi itu hilang. Jadi dia cuba masuk ke dalam bilik air itu untuk melihat jika ada orang tetapi tiada sesiapa pun yang berada di situ,” komennya lagi.

Sinopsis
Makmum mengisahkan Rini (Titi Kamal) seorang penjaga rumah mayat diusir keluar dari rumahnya dan memilih untuk bekerja di asrama puteri.

Ketika waktu cuti sekolah, tiga pelajar Nurul (Tissa Bianni), Putri (Adila Fitri) dan Nisa (Bianca Hello) tidak dibenarkan pulang kerana keputusan peperiksaan mereka yang teruk.

Pelbagai peristiwa seram berlaku pada mereka termasuklah kewujudan hantu makmum yang sering mengacau mereka ketika mereka solat.

Rupanya ada kisah dendam lama yang disimpan oleh pengetua lama dan penjaga asrama puteri itu.

Filem Makmum sudah berada di pawagam Malaysia sejak 15 Ogos lalu.

Sehingga kini, filem ini berjaya mengutip jumlah kutipan RM1.5 juta dalam masa empat hari sahaja.



 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,076
Reaction score
525
Points
111
bagus ke filem ni? tengok trailer seramnya biasa je
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
571
Reaction score
87
Points
20
Ini Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Filem Makmum!
Filem seram yang buat korang meremang nak solat seorang diri dalam gelap


20 August 2019 By Adilia

Filem seram dari Indonesia, Makmum ternyata menjadi perbualan hangat dan menghantui penonton sejak ia ditayangkan di pawagam pada 15 Ogos lalu.

Rata-rata yang sudah menyaksikan filem ini menyifatkan ia amat menakutkan sekali.





Bagi yang belum berkesempatan menonton filem Makmum, ini beberapa info penting yang korang perlu tahu.

Makmum diinspirasikan daripada sebuah filem pendek berdurasi 8:08 saat arahan Riza Pahlevi yang diangkat daripada sebuah kisah benar.

Filem pendek yang dihasilkan lebih tiga tahun lalu itu turut dimuat naik di laman You Tube dan kini sudah pun mencecah lebih 19 juta tontonan.

Untuk pengetahuan juga, ia menerima penghargaan menerusi kategori Best Horror di Hellofest 2016, Direction Special Mention dalam The Crappy International Movies in Sueca di Spanyol 2016, dan Best Ideas Film and Audience’s Favourite di Salatiga Film Festival 2017.









 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,277
Reaction score
190
Points
78
Filem overhype aje.
Tgk betul xlah seram mana.
Byk jumpscare aje.
 

epy

Active+ Member
Joined
Apr 2, 2014
Messages
3,421
Reaction score
12
Points
25
harap tak de la banyak adegan jerit2 dalam filem ni yg buatkan penonton sakit jantung 😅😅
 

matderis

Fun Poster
Joined
May 18, 2010
Messages
632
Reaction score
0
Points
10
Eye Shadow dgn bedak sejuk tebal sgt.....memang seram la...
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
50,953
Reaction score
1,502
Points
596
titi kamal dari dulu sampai lani cun kot
 
Sponsored Post
Top
Log in Register