BTC USD 41,371.3 Gold USD 1,839.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Pengalaman Member CG Yang Dah Ambil Vaccine Covid-19 (Pfizer, AZ, Sinovac)

luckyhillkop

Fun Poster
Messages
230
Joined
Dec 2, 2012
Messages
230
Reaction score
54
Points
30
Aku dapat Sinovac. Takde apa2 side effect kecuali lenguh kat tangan. Nak angkat tangan tinggi lepas bahu memang terasa sakit. Tapi kejap je, aku ambil pukul 4 petang, esok pagi lepas bangun tidur dah tak sakit lagi.

Kakak aku ambil AZ. Dia macam delayed reaction, hari pertama takde apa2 masalah kecuali lenguh tangan. Hari kedua dah mula badan sakit2, lemah, lepas tu demam. Demam dua hari. Loya dengan rasa nak pitam takde rasanya. Sekarang ni dah okay.

Nanti 14hb ayah aku pula ambil AZ. Harap2nya dia tak teruk sangat la. Dia ada diabetes dengan darah tinggi. Tak sanggup aku tengok dia kena demam tu semua. Sekarang ni pun memang dah uzur la juga, dah tak kuat macam dulu.
Aku dah dapat 2nd dose Sinovac. Alhamdulillah dah 3 hari, langsung takde apa2 side effect. Dengar kata kalau ada side effect maknanya vaksin tu berkesan. Jadi kalau takde side effect, vaksin tak berkesan ke? :confused:
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,833
Joined
May 29, 2008
Messages
18,833
Reaction score
7,924
Points
481
Awards
1
Aku dah dapat 2nd dose Sinovac. Alhamdulillah dah 3 hari, langsung takde apa2 side effect. Dengar kata kalau ada side effect maknanya vaksin tu berkesan. Jadi kalau takde side effect, vaksin tak berkesan ke? :confused:

Berkesan je..
Jangan risau..

Namun..

Jika ada tanda kne covid..
Kena gi hospital..

IMG_20210614_200641.jpg
 

pudins70

Super Active Member
gem
Messages
9,368
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,368
Reaction score
1,050
Points
151
Aku baru pekena Pfizer, tapi tak ada rasa apa-apa pun.
Kena pagi, petang siap keluar jogging lagi.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

Penerima vaksin COVID-19 disajikan ais krim​

 Sukarelawan MH Rangers mengedarkan ais krim kepada penerima vaksin di PPV mega di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto ihsan Malaysia Airlines
Sukarelawan MH Rangers mengedarkan ais krim kepada penerima vaksin di PPV mega di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto ihsan Malaysia Airlines
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) mengedarkan ais krim kepada penerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Axiata Arena, Bukit Jalil, mulai semalam.

Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan, hanya dalam tempoh dua jam semalam, sebanyak 1,200 ais krim habis diedarkan kepada penerima vaksin.

Katanya, sukarelawan syarikat penerbangan itu termasuk kakitangan anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) dikenali sebagai MH Rangers membantu pengagihan itu.

"MH Rangers membantu mengagihkan ais krim kepada penerima vaksin sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

"Penerima vaksin boleh mendapatkan ais krim itu di pintu keluar PPV itu sehingga 18 Jun ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, MH Rangers yang memulakan bantuan sukarelawan sejak seminggu lalu, turut diberikan tanggungjawab untuk tugas bukan perubatan seperti mengendalikan orang ramai, membuat pengumuman dan pendaftaran.

Justeru katanya, mereka yang dijadualkan mendapatkan vaksin di Axiata Arena atau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan memerlukan sebarang bantuan, boleh berjumpa dengan MH Rangers yang memakai 'vest' keselamatan MAG berwarna kuning neon.

Terdahulu dilaporkan MAG menggerakkan seramai 80 kakitangannya dari seluruh kumpulan untuk menjadi sukarelawan di Axiata Arena dan Pusat Konvensyen KL sehingga 18 Jun ini.

Sukarelawan dikenali sebagai MH Rangers itu terdiri daripada kru kabin dari penerbangan Malaysia Airlines serta Firefly termasuk pekerja anak syarikat di bawah MAG.
 

Iblis

Active Member
Messages
1,192
Joined
Jun 9, 2021
Messages
1,192
Reaction score
152
Points
33
ni member lama aku ambik vaccine

 

DreamCatcher

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,867
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,867
Reaction score
936
Points
176
ahad ritu amik sinovac, so far xde apa2 pun. kecuali ngantuk dgn lapor skit
 

DreamCatcher

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,867
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,867
Reaction score
936
Points
176
ahad ritu pun da selesai 2nd dose.. Alhamdulillah xde apa2 efek kecuali ngantuk sbb jalan jauh..

So yg nak amik vaksin, kalau petugas tu kata ada apa2 alahan ngaku jgn ckp takde..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register