BTC USD 62,064.8 Gold USD 1,768.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengalaman dan permasaalahan berhubung kait dengan tanah !!!

ToK_SeLamPit

Fun Poster
Joined
May 27, 2007
Messages
854
Reaction score
18
Points
15
Kepada kenkawan semua....banyak masaalah dalam kehidupan harian kita yang melibatkan hal-hal berkaitan dengan TANAH. Cumanya yang paling bahagia bila dikurniakan tanah...tapi akhirnya juga akan jadi masaalah.....meh kita kongsi bersama masaalah dan pengalaman....sebagai panduan dan rujukan....
 
Last edited:
Sponsored Post

ToK_SeLamPit

Fun Poster
Joined
May 27, 2007
Messages
854
Reaction score
18
Points
15
Pengalaman pertama yang aku nak kongsi bersama ialah.

Seorang makcik pergi ke pejabat tanah untuk membuat pindahmilik tanah kepada pembeli baru. Setelah selesai mengisi borang 14 A ( borang pindahmilik Tanah ) beliau didatangi oleh sepasang suami isteri dan merampas hakmilik tersebut dan mengoyakkan hakmilik tersebut. Sambil berlalu beliau berkata......"Aku tak kasi kau jual tanah tu "..sempadan pun tak tentu arah...mana aku nak duduk nanti.

Sekali imbas...apa sebenarnya kemungkinan berlaku dan bagaimana penyelesaiannya.....

Meh komen...dan beri pandangan.....
TQ
 

ToK_SeLamPit

Fun Poster
Joined
May 27, 2007
Messages
854
Reaction score
18
Points
15
Sebenar bagi aku ini masaalahnya kalau satu hakmilik atau bahasa biasanya kalau satu geran nama lebih dari satu orang. Adalah baik di buat pecah bahagian atas tanah, supaya tiap penama mempunyai hakmilik berasingan...nanti aku sambung lagi..yek.
 

ToK_SeLamPit

Fun Poster
Joined
May 27, 2007
Messages
854
Reaction score
18
Points
15
Apabila satu hakmilik didaftarkan dan tanah tersebut dimiliki bersama oleh tiga yang lain...contohnya, 3 orang tersebut yang mungkin juga memiliki bahagian yang sama atau berbedza, penentuan sempadan tanah tidak dapat ditentukan. Bagaimana dan apa yang bakal terjadi sekiranya tuanpunya ingin atau telah mendirikan bangunan kediaman ???.....meh komen..
 

ToK_SeLamPit

Fun Poster
Joined
May 27, 2007
Messages
854
Reaction score
18
Points
15
Satu lagi masaalah yang biasa terjadi ialah kalau salah seorang pemilik bersama meninggal dunia.....huh akan bertambah kalut....meh beri pandangan. Nanti kita akan sentyh jugak bab harta pesaka...
 

faizk

Super Active Member
Joined
May 31, 2010
Messages
7,587
Reaction score
38
Points
70
klu ade byk nama bkn sume kene setuju jual ke?
br leh jual
 

ToK_SeLamPit

Fun Poster
Joined
May 27, 2007
Messages
854
Reaction score
18
Points
15
Kalaulah kita amik contoh Sebidang tanah seluas 3 ekar dan dimiliki/tercatat ada 3 nama yang lain A,B dan c.
dengan bahagian A = 1/3, b = 1/3 dan C = 1/3
Yang demikian A boleh memindah keseluruhan bahagiannya ---> 1/3 tersebut
kepada D tanpa perlu apa-apa persetujuan dari samada B atau C.
Tetapi dengan syarat tanah tersebut tidak megandungi apa-apa sekatan...
Apakah yang dimaksudkan sekatan.........???? nanti aku sambung lagi yek...
 

ToK_SeLamPit

Fun Poster
Joined
May 27, 2007
Messages
854
Reaction score
18
Points
15
Tanah yang diberimilik/dikurnikan dalam taun-taun sebelum 70s dan selepasnya berbedza..
Kerana sebelum taun 70s kebanyakan pemilik memiliki tanah secara kekal..
tetapi selepas itu kebanyakannya diberimilik secara pajakan..tak kiralah 99 taun 60 taun atau 30 taun terpulang kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
disini juga hakmilik biasanya diletakkan sekatan..contohnya...
"Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak atau dicagarkan melainkan
dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri" atau sebahagiannya tercatit "dengan Kebenaran Pentadbir Tanah"
INILAH SEKATAN YANG DIMAKSUDKAN.......> perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk tukar nama atau dari segi bahasanya pindahmilik
daripada Pentadbir Tanah Daerah ( PTD ) atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN=EXCO)...lulus...leh tukar nama..
apa sebahagian syarat lain....nanti sambung lagi...
atau ada sesiapa nak komen...atau beri pandangan....di alu2 kan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register