BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengakuan Anwar boleh cetus konflik perlembagaan - PAS

zackpenang

Super Active Member
gem
Messages
5,006
Joined
Jan 9, 2010
Messages
5,006
Reaction score
1,768
Points
151
5829f21f83286a1ee3e4cc47e525ed96.jpg

mk-small-logo-50.png

Berita
Titah adendum: Pengakuan Anwar boleh cetus konflik perlembagaan - PAS


Pengakuan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa peguam negara telah menerima titah tambahan yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah mendedahkan kerajaan kepada konflik undang-undang dan Perlembagaan.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, pengakuan Anwar itu juga menimbulkan persoalan besar terhadap kelayakannya untuk kekal sebagai ketua dan pemimpin kerajaan.
"PAS mendapati penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan sahaja lemah dan mengelirukan, tetapi berpotensi mencetus konflik undang-undang dan krisis Perlembagaan, selain menghakis keabsahan kerajaan pimpinannya sendiri," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan malam ini.
Titah adendum berkenaan merupakan titah Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada hari terakhir baginda memerintah.

ADS

Titah itu merupakan tambahan kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang juga dipengerusikan oleh baginda untuk mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Najib dalam kes SRC International.
Kewujudan titah itu menimbulkan spekulasi sehinggalah pada 6 Jan apabila surat daripada istana Pahang dikemukakan di mahkamah bagi mengesahkan kewujudan titah adendum berkenaan.
d04e161bf5d2caba2c6e814a652300b1.jpg





Anwar dalam menangkis tuduhan bahawa kerajaan telah menyembunyikan titah berkenaan, semalam mengakui peguam negara pada masa itu - Terrirudin Mohd Salleh - telah menerima surat mengenai titah berkenaan daripada Istana.
Namun Anwar berkata surat itu tidak dihantar kepadanya atau ahli lembaga pengampunan.

ADS

Perdana menteri berkata peguam negara kemudiannya menyerahkan titah tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
‘Gagal laksana titah perbuatan derhaka’
Mengulas perkara itu, Takiyuddin berkata kegagalan melaksanakan titah berkenaan ketika Yang di-Pertuan Agong ke-16 masih bertakhta merupakan perbuatan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong.
"Penjelasan Anwar berhubung tindakan Peguam Negara menyerahkan titah berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) untuk tindakan lanjut kerana kedudukan baginda sebagai pengerusi Lembaga Pengampunan berikutnya pula mendedahkan kerajaan kepada konflik undang-undang dan Perlembagaan berikutan tiadanya peruntukan undang-undang yang membenarkannya.
"Semasa titah itu dibuat, Yang di-Pertuan Agong ke-16 masih bertakhta dan titah baginda mesti dilaksanakan sepenuhnya kerana kegagalan berbuat demikian boleh diistilahkan sebagai perbuatan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan,” kata Takiyuddin.
Menurut Takiyuddin, tindakan peguam negara juga berlawanan dengan peruntukan mengenai kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong sekiranya dia berpendapat kuasa baginda untuk memberi pengampunan tertakluk pada nasihat Lembaga Pengampunan.
Dia memetik dua kes Superintendent of Pudu Prison lwn Sim Kie Chon (1986) dan kes Karpal Singh lwn Sultan Selangor (1988) yang memutuskan bahawa "Lembaga Pengampunan hanyalah badan penasihat dan Agong tidak wajib mengikuti nasihat tersebut semasa melaksanakan kuasa pengampunan.
f8c9708871694bfae4cc8ac4dbde4d36.jpg

Katanya, sebagai penasihat undang-undang kerajaan, peguam negara tidak boleh memilih untuk "menyembunyikan" titah yang diterimanya secara langsung daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 atau mendiamkannya di mahkamah.

ADS

Tambahnya tindakan itu mendedahkan Peguam Negara kepada kesalahan-kesalahan seperti menghalang perjalanan keadilan (perverting the course of justice), menghina mahkamah (contempt of court), salah laku pegawai awam (misconduct in public office), menipu (perjury), salah laku profesional (professional misconduct), menghalang keadilan (obstruction of justice), tafsiran salah (fraudulent misrepresentation), selain pelbagai tindakan sivil lain yang boleh diambil terhadapnya dan kerajaan.
Menurut Takiyuddin, penjelasan perdana menteri juga menimbulkan krisis kepercayaan terhadap institusi-institusi utama negara termasuk institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan, Sultan Abdullah sendiri, Jabatan Peguam Negara, Parlimen, kementerian dan agensi kerajaan.
"PAS percaya kesemua kelemahan, kecelaruan dan kecamuk undang-undang yang berlaku dan berpotensi berlaku di bawah kepimpinan Perdana Menteri berhubung isu ini, terdedahnya kerajaan kepada tindakan undang-undang oleh pihak-pihak yang berkepentingan, selain sikap sambil lewa dan berlepas tangan beliau dalam menanganinya sejak awal, menimbulkan persoalan besar terhadap kelayakannya untuk kekal sebagai ketua dan pemimpin kerajaan," katanya.
“Kegagalan Anwar ini juga akan mengheret negara dan masyarakat ke dalam konflik serta polemik tidak berkesudahan yang mahu dihindari dan menjadi asas serta justifikasi kepada pembentukan "kerajaan perpaduan" hari ini yang didakwa atas saranan Yang di-Pertuan Agong ke-16 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lebih dua tahun lepas,” katanya.
 
Sponsored Post

b014aa242adaa12021d04c7ae3d9a7b5.jpg

mk-small-logo-50.png

Berita

Tak adil kata AG sembunyikan titah adendum, kata pengerusi PSSC

G Vinod


Tiada adil pada peringkat ini untuk mengatakan bahawa peguam negara menyembunyikan titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya, dan Reformasi Institusi parlimen, William Leong.
Leong berkata demikian ketika ditanya apakah jawatankuasa itu akan memanggil Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, untuk mendapatkan butiran mengenai kewujudan titah tersebut.
"Kita perlu menunggu sehingga fakta lengkap didedahkan.
"Proses untuk pelepasan atau pengecualian keistimewaan dan/atau penyahklasifikasian keperluan kerahsiaan harus dibenarkan diteruskan, supaya fakta penuh dapat diketahui sebelum sebarang kesimpulan dibuat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

ADS

Ketika ditanya sekali lagi apakah Dusuki akan dipanggil, Leong menjawab: "Seperti yang saya katakan, kita perlu melihat fakta yang akan didedahkan sebelum mempertimbangkan untuk mengadakan prosiding jawatankuasa ini."
13a387f47f62eac71d53230657346ed4.jpg





Menurut sepucuk surat daripada Istana Pahang bertarikh 4 Januari 2025 yang dihantar kepada anak Najib, Nizar, dan dikemukakan ke Mahkamah Rayuan pada 6 Januari, Sultan Abdullah menitahkan bahawa bekas perdana menteri itu hendaklah menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan rumah, seperti yang dinyatakan dalam titah tambahan diraja bertarikh 29 Januari 2024.
Mahkamah Rayuan kemudian membenarkan rayuan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum tersebut.
Bekas perdana menteri itu kini dibenarkan menggunakan titah tersebut untuk mempertahankan kesnya di Mahkamah Tinggi.

ADS

PM akui AG terima surat
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui bahawa Peguam Negara memang ada menerima surat berkenaan titah adendum tersebut.
Namun, Anwar berkata selepas surat itu diterima, Agong telah bertukar, dan Peguam Negara menyerahkan surat itu kepada Istana Negara untuk membolehkan Agong baru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, membuat keputusan – dengan mengenepikan Lembaga Pengampunan dan dirinya.
Sehubungan itu, Leong membangkitkan persoalan tentang keabsahan adendum tersebut dari sudut perlembagaan, jika ia wujud.
Ahli Parlimen Selayang itu menegaskan bahawa berdasarkan Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan, Agong perlu bertindak atas nasihat, yang dalam kes ini adalah nasihat daripada Lembaga Pengampunan.
"Tambahan pula, perkara ini sedang dibicarakan di mahkamah dan isu-isu berkaitan sedang dipertimbangkan oleh mahkamah.
f5ab5dfbe84398491b4002013ca1d08b.jpg

"Hormatilah prosiding mahkamah. Semua ini adalah isu yang sangat menarik dan mendebarkan, tetapi kita perlu bersabar dan berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat," tegasnya.
Isu perlembagaan

ADS

Pada 6 Januari, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Penjara tidak pernah menerima titah adendum tersebut.
Dia menegaskan bahawa Jabatan itu hanya menerima arahan mengenai pengurangan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu.
Pada 8 Januari, bekas ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman mengingatkan bahawa pelaksanaan titah adendum tersebut boleh mencetuskan krisis perlembagaan kerana ia mungkin dikeluarkan tanpa melalui Lembaga Pengampunan.
Muhammad Faiz berkata ia akan mencipta duluan di mana seorang banduan elit atau istimewa diberi layanan khas dalam pengurangan hukuman mereka – dengan titah dikeluarkan oleh pihak istana tanpa melibatkan Lembaga Pengampunan dan peruntukan perlembagaan yang berkaitan dengannya.
 
52198a61af316eed97cfd1e2b453042f.jpg

mk-small-logo-50.png

Berita

Apandi tuding jari pada peguam negara, bekas peguam negara

Diterbitkan: Jan 13, 2025 12:22 PM

Bekas peguam negara Mohd Apandi Ali berkata peguam negara (AG) sekarang, Mohd Dusuki Mokhtar sepatutnya meletakkan jawatan atau ditamatkan perkhidmatannya.
Apandi berkata, ini kerana Mohd Dusuki tidak telus mengenai kewujudan titah adendum berkaitan Najib Razak.
Dia berkata selain Dusuki, pendahulunya, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, yang kini hakim Mahkamah Persekutuan juga harus bertanggungjawab memandangkan titah Yang di-Pertuan Agong ditujukan khusus kepadanya.
“Dia juga mesti disingkirkan daripada apa-apa jawatan yang dipegangnya sekarang. Kerajaan mesti tegas dalam isu ini.

ADS

"Rakyat sedang memerhati. Perlembagaan Persekutuan mesti ditegakkan dan begitu juga dengan kedaulatan undang-undang," tambahnya sebagai respons kepada catatan Facebook mengenai perkara itu.
Apandi berkhidmat sebagai peguam negara dari 2015 hingga 2018. Dia menggantikan Abdul Gani Patail, yang disingkirkan daripada jawatan itu pada kemuncak skandal 1MDB.
Dia kemudiannya membersihkan perdana menteri Najib ketika itu daripada sebarang salah laku dalam kes 1MDB dan SRC International.
8a6de531ed4040c74f3f31988a2edf7e.png
Ahmad Terrirudin Mohd Salleh

Siaran Facebook yang dijawab Apandi adalah mengenai laporan berita yang memetik Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa titah adendum itu dihantar kepada Peguam Negara.

ADS

Sabtu lalu, Anwar berkata selepas surat itu diterima, Yang di-Pertuan Agong telah bertukar, dan peguam negara menyerahkan surat itu kepada Istana Negara untuk membenarkan Agong yang baru dilantik, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, membuat keputusan.
Perdana menteri juga menafikan tuduhan bahawa kerajaannya telah menyembunyikan kewujudan titah adendum untuk Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.
Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun berhubung kes SRC International dan dijangka dibebaskan pada Ogos 2028.
Bekas perdana menteri itu, yang juga terlibat dalam kes undang-undang lain yang berkaitan 1MDB, pada mulanya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun tetapi Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Agong, mengurangkan tempoh itu kepada enam tahun.
Lembaga itu juga mengurangkan dendanya daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
 

Kita sudah pun berada dalam krisis Perlembagaan - Haniff Khatri​

AISYAH BASARUDDIN
AISYAH BASARUDDIN
13 Januari 2025 12:35am
Masa membaca: 2 minit



Haniff Khatri (kanan) dan Hassan.

Haniff Khatri (kanan) dan Hassan.

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla tidak bersetuju dengan pendapat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bahawa Majlis Raja-Raja tiada kuasa untuk bersidang mengenai isu Perlembagaan.
Beliau berkata, jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Yang di-Pertuan Agong berhak meminta untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja dan boleh mengambil tindakan menerusi sidang tersebut menurut Perkara 40 Fasal 2 (c).

“Bukankah isu layanan pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap titah berkait secara terus dengan keistimewaan, kedudukan serta kemuliaan raja-raja?
“Sebab itulah saya sarankan supaya Agong mengikut budi bicaranya boleh memanggil satu mesyuarat untuk isu khusus tentang Titah Adendum.

“Pada pandangan saya, kita sudah pun berada dalam krisis Perlembagaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengakuannya mengatakan Titah Adendum telah diterima oleh Peguam Negara pada Januari tahun lalu tapi tak didedahkan,” katanya menerusi hantaran di YouTube pada Ahad.
Mohamed Haniff berkata demikian mengulas kenyataan Hassan tentang tidak wajar melibatkan Majlis Raja-Raja untuk membincangkan dakwaan Putrajaya yang enggan mengakui atau melaksanakan Titah Adendum agar Najib menghabiskan baki hukuman penjara kepada tahanan di rumah.

Jelasnya, tindakan melibatkan Majlis Raja-Raja adalah bahaya dan boleh mewujudkan krisis Perlembagaan di negara ini.
Hassan sebaliknya berpandangan, isu berkenaan lebih sesuai dibincangkan di Parlimen.


Mohamed Haniff berkata, perbincangan di Parlimen sememangnya perlu dibuat, namun mesyuarat mula bersidang pada 3 Februari depan.
“Walaupun dari segi undang-undang, kerajaan boleh meminta Speaker Dewan Rakyat memanggil mesyuarat Parlimen segera, tetapi adakah ia akan dipertimbangkan oleh Perdana Menteri?

“Daripada memanjangkan krisis Perlembagaan sedia ada, sebaiknya Majlis Raja-Raja bermesyuarat untuk membincangkan isu sebagai tambahan kepada hak Parlimen berbincang kemudiannya.
“Akhir sekali, sememangnya betul bahawa semakan kehakiman Najib pada 13 Januari untuk pengurusan kes. Tetapi, apa yang bakal diputuskan cuma berkaitan kesahihan dan bukannya kegagalan pendedahan titah tersebut,” ujarnya lagi.
 
Ianya tetap mencetuskan krisis perlembagaan, both way.

Takiyuddin berkata kegagalan melaksanakan titah berkenaan ketika Yang di-Pertuan Agong ke-16 masih bertakhta merupakan perbuatan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong.
"Penjelasan Anwar berhubung tindakan Peguam Negara menyerahkan titah berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) untuk tindakan lanjut kerana kedudukan baginda sebagai pengerusi Lembaga Pengampunan berikutnya pula mendedahkan kerajaan kepada konflik undang-undang dan Perlembagaan berikutan tiadanya peruntukan undang-undang yang membenarkannya.
- Tindakan AG pass surat kepada YDPA17 semasa YDPA16 masa in power (jika benar surat diterima sebelum 31hb) adalah tidak berperlembagaan, sbb tiada peruntukan Perlembagaan yg membenarkan demikian -

Dari satu sisi yg lain pula, kita petik kenyataan Muhammad Faiz Na'aman pula, yg mengingatkan bahawa pelaksanaan titah adendum tersebut boleh mencetuskan krisis perlembagaan kerana ia mungkin dikeluarkan tanpa melalui Lembaga Pengampunan.
Muhammad Faiz berkata ia akan mencipta duluan di mana seorang banduan elit atau istimewa diberi layanan khas dalam pengurangan hukuman mereka – dengan titah dikeluarkan oleh pihak istana tanpa melibatkan Lembaga Pengampunan dan peruntukan perlembagaan yang berkaitan dengannya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register