dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120

Pengarah filem terkenal Mamat Khalid berkata kejadiannya dirinya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana menghadapi komplikasi jantung telah membuka matanya tentang pentingnya menjaga kesihatan.
"Kejadian ini mengajar saya untuk lebih mengambil berat mengenai kesihatan sebab bila sakit, orang sekeliling yang akan panik dan susah.
"Selama ini saya tak mahu ambil tahu sebab takut dengan perubatan dan hospital. Walhal apabila saya menerima rawatan untuk membuka ruang jantung yang tersumbat itu, prosesnya tak rumit dan susah pun.
"Sekejap saja sebenarnya kalau saya pergi lebih awal sebelum ini. Tapi apa-apa pun saya bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar dan selamat," katanya.
Dalam pada itu, Mamat berkata dia kini akan berehat daripada melakukan aktiviti seni kerana pada bulan Disember ini dia akan melakukan satu lagi pembedahan kecil.
"Disember nanti saya kena buat satu lagi pembedahan kecil untuk membuka sebelah lagi ruang jantung yang tersumbat itu."
http://www.cari.gold/2014/11/pengajaran-berguna-buat-mamat-khalid.html