BTC USD 62,268.8 Gold USD 2,632.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengadu, polis main cinta

Cerita macam ni biasa dalam polis sebenarnya. Kawan aku pun terkena benda yang sama..wife dia buat report kat sebuah balai polis kat Selangor. Aleh2 pegawai yang siasat kes tu selalu sangat call wife member aku tu..mula2 sembang pasal kes, lama2 ajak kuar lah..then start make up story lain..kena jaga2 gak kat pegawai2 polis ni coz dorang ramai yang pakai 'barang'...hobi dorang mmg suka kat wife orang pasal xnak commitment...huhhh apa nak jadi perangai orang melayu islam sekarang ni...
 
Sponsored Post

Cerita macam ni biasa dalam polis sebenarnya. Kawan aku pun terkena benda yang sama..wife dia buat report kat sebuah balai polis kat Selangor. Aleh2 pegawai yang siasat kes tu selalu sangat call wife member aku tu..mula2 sembang pasal kes, lama2 ajak kuar lah..then start make up story lain..kena jaga2 gak kat pegawai2 polis ni coz dorang ramai yang pakai 'barang'...hobi dorang mmg suka kat wife orang pasal xnak commitment...huhhh apa nak jadi perangai orang melayu islam sekarang ni...

wah hebat gak polis mesia skang ek...
tp dlm citer gerak khas, polis sumer cam baik baik jek :D:D

gerak khas? :eek::eek::eek::eek::eek:
 
KUALA LUMPUR: Bagai jatuh ditimpa tangga, demikian nasib seorang lelaki apabila rumah tangganya bergoyang kerana isterinya didakwa cuba digoda seorang pegawai polis selepas wanita itu membuat laporan kehilangan kereta di Kota Kemuning, Shah Alam, empat bulan lalu.

Sejurus kehilangan kenderaan itu, wanita terbabit yang tinggal di kawasan Ampang membuat laporan sebelum dia diperkenalkan kepada seorang pegawai penyiasat yang mengendalikan kes itu.

Tanpa disangka, bermulalah sebuah episod hitam dalam hidup lelaki itu yang mendakwa isterinya dipikat pegawai polis terbabit.

Malah, penderitaan lelaki itu kini semakin parah apabila dia terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk mengawasi isterinya yang semakin liar supaya tidak bertemu pegawai polis terbabit.


Menurut mangsa yang hanya dikenali sebagai Salman, dia mula mengesyaki isterinya bermain kayu tiga apabila melihat perubahan mendadak yang ditunjukkan wanita berusia 24 tahun itu.


“Mulanya saya tidak mengendahkan sangat setiap kali isteri menerima panggilan daripada pegawai polis terbabit kerana menganggap dia mahu menjalankan siasatan.

“Namun, selepas kereta terbabit ditemui, mereka masih berhubungan dan lama-kelamaan semakin intim sehingga isteri kerap keluar malam bersamanya,” katanya.

Menurutnya, dia kesal dengan sikap pegawai polis terbabit yang langsung tidak menghormatinya dan mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak faham mengapa pegawai polis itu mahu mengganggu isteri dan kehidupan rumah tangga kami.

“Kalau diikutkan hati, memang saya geram dengan perbuatannya itu namun saya masih menghormati undang-undang,” katanya.

Menurutnya, tugasnya sebagai pegawai pemasaran memaksa dia bertugas di luar Lembah Klang dan kesempatan itu diambil pegawai terbabit untuk memikat isterinya.

“Isteri kini menjadi semakin liar dan kerap keluar malam bersama pegawai polis terbabit. Apabila ditegur dia akan melenting dan mengamuk memarahi saya kerana melarangnya keluar.

“Sebelum mengenali pegawai polis itu, dia tidak pernah bersikap demikian,” katanya yang mengaku masih menyayangi isterinya.

Menurutnya, dia mengesyaki isterinya itu terkena ‘sesuatu’ yang dilakukan pegawai polis terbabit berikutan dia langsung tidak mahu mendengar nasihat dan tegurannya.

“Saya ada berikhtiar secara tradisional dan semua pengamal perubatan serta tokoh agama yang ditemui mengatakan isteri saya ‘terkena’ buatan lelaki terbabit.

“Mereka meminta saya banyak bersabar dan berdoa meminta pertolongan Tuhan,” katanya.

Menurut mangsa, dia mengetahui daripada beberapa rakan yang mengatakan pegawai polis terbabit suka menggoda wanita muda dan bergaya untuk dijadikan temannya sebelum mengikis wang mereka.

“Saya kesal kerana saya yang berpenat lelah mencari rezeki, tetapi wang yang diberikan kepada isteri dihabiskan untuk lelaki itu,” katanya.

Difahamkan, pegawai polis itu baru tiga bulan bertugas dan dia kini ditukarkan dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.


amik kesempatan plk polis ni:-?

cegah sebelum parah ..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register