BTC USD 47,965.9 Gold USD 1,755.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengadu, polis main cinta

alonso

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR: Bagai jatuh ditimpa tangga, demikian nasib seorang lelaki apabila rumah tangganya bergoyang kerana isterinya didakwa cuba digoda seorang pegawai polis selepas wanita itu membuat laporan kehilangan kereta di Kota Kemuning, Shah Alam, empat bulan lalu.

Sejurus kehilangan kenderaan itu, wanita terbabit yang tinggal di kawasan Ampang membuat laporan sebelum dia diperkenalkan kepada seorang pegawai penyiasat yang mengendalikan kes itu.

Tanpa disangka, bermulalah sebuah episod hitam dalam hidup lelaki itu yang mendakwa isterinya dipikat pegawai polis terbabit.

Malah, penderitaan lelaki itu kini semakin parah apabila dia terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk mengawasi isterinya yang semakin liar supaya tidak bertemu pegawai polis terbabit.


Menurut mangsa yang hanya dikenali sebagai Salman, dia mula mengesyaki isterinya bermain kayu tiga apabila melihat perubahan mendadak yang ditunjukkan wanita berusia 24 tahun itu.


“Mulanya saya tidak mengendahkan sangat setiap kali isteri menerima panggilan daripada pegawai polis terbabit kerana menganggap dia mahu menjalankan siasatan.

“Namun, selepas kereta terbabit ditemui, mereka masih berhubungan dan lama-kelamaan semakin intim sehingga isteri kerap keluar malam bersamanya,” katanya.

Menurutnya, dia kesal dengan sikap pegawai polis terbabit yang langsung tidak menghormatinya dan mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak faham mengapa pegawai polis itu mahu mengganggu isteri dan kehidupan rumah tangga kami.

“Kalau diikutkan hati, memang saya geram dengan perbuatannya itu namun saya masih menghormati undang-undang,” katanya.

Menurutnya, tugasnya sebagai pegawai pemasaran memaksa dia bertugas di luar Lembah Klang dan kesempatan itu diambil pegawai terbabit untuk memikat isterinya.

“Isteri kini menjadi semakin liar dan kerap keluar malam bersama pegawai polis terbabit. Apabila ditegur dia akan melenting dan mengamuk memarahi saya kerana melarangnya keluar.

“Sebelum mengenali pegawai polis itu, dia tidak pernah bersikap demikian,” katanya yang mengaku masih menyayangi isterinya.

Menurutnya, dia mengesyaki isterinya itu terkena ‘sesuatu’ yang dilakukan pegawai polis terbabit berikutan dia langsung tidak mahu mendengar nasihat dan tegurannya.

“Saya ada berikhtiar secara tradisional dan semua pengamal perubatan serta tokoh agama yang ditemui mengatakan isteri saya ‘terkena’ buatan lelaki terbabit.

“Mereka meminta saya banyak bersabar dan berdoa meminta pertolongan Tuhan,” katanya.

Menurut mangsa, dia mengetahui daripada beberapa rakan yang mengatakan pegawai polis terbabit suka menggoda wanita muda dan bergaya untuk dijadikan temannya sebelum mengikis wang mereka.

“Saya kesal kerana saya yang berpenat lelah mencari rezeki, tetapi wang yang diberikan kepada isteri dihabiskan untuk lelaki itu,” katanya.

Difahamkan, pegawai polis itu baru tiga bulan bertugas dan dia kini ditukarkan dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.


amik kesempatan plk polis ni:-?
 
Sponsored Post

dr_alban

Super Active Member
Joined
Apr 5, 2007
Messages
7,350
Reaction score
170
Points
88
ni salah isteri dia..
polis x salah.. laki2 x salah.
da mmg lumrah laki2 cmtu..ehehehe
 

arulgit

Active Member
Joined
Jan 6, 2007
Messages
2,061
Reaction score
13
Points
25
pergh..
polis pon tkleh pecaye skrg.bini org pon nk kebas
cis..
 

beautiful_sunshine

Fun Poster
Joined
Jun 12, 2008
Messages
645
Reaction score
3
Points
15
melampau betul polis ni..
bini orang pun nak rembat..
nanti orang kacau bini dia..
tau pulak nak marah...!!
 

orange76

Super Active Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
6,658
Reaction score
5
Points
65
aku harap mak polis tu pulak kena ngurat ngan orang lain...ALLAH pay cash apa kita dh buat...kalau x kena kt kita mungkin keterunan ..wallahualam
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
kalu tarak angin masakan pokok bergoyang
 

metaaura

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2007
Messages
6,737
Reaction score
3
Points
65
fuhh ganas betull mau kene sepak je polis tuh


pstt: harap2 pekerja TM jgn jadi kan kes ini sebagai modal untuk mecobaa :eek:
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
sebagai lelaki dia kena buat keputusan berlandaskan hukum islam, klu dia islam lah tue...

klu aku cenggitue dah takleh nak kawal pegi je lah kat mahkamah syariah sama2 menghadap pegawai syariah pastu buat keputusan...

nak buat apa sayang kat orang yang tak cenggitu, klu terkena jampi dari si polis tue minta allah je yang balas...berdoa lah..
 

jani

Active Member
Joined
Apr 28, 2008
Messages
2,365
Reaction score
23
Points
25
semua x salah..dh lumrah idup cm tu..

kita x leh paksa sesorg utk mnyukai kita..

nti smpai ms isteri dia minta cerai&kawin ngn polis tu..

dia pun x leh wat apa..dh ditetapkan semua tu..

terimanya redha..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register