BTC USD 56,886.0 Gold USD 1,833.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peneroka Maut Dilanggar Isteri

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
KANGAR: Seorang peneroka Felda maut selepas dirempuh kereta dipandu isterinya di halaman rumah mereka di Kampung Binjai, Utan Aji dekat sini, pagi semalam.

Salim Sidek, 58, mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan akibat digilis kereta jenis Perodua Kancil dipandu isterinya, Che Su Hashim, 56, jam 7.45 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian Salim berada di hadapan kereta itu yang diletakkan di halaman rumah dalam keadaan mencangkung kerana sedang mengisi baja.

Che Su yang sebelum itu berada di dalam rumah dikatakan tergesa-gesa keluar untuk pulang menyiapkan makanan kucing di rumah kedua mereka di Felda Chuping, dekat sini.

Dia dipercayai tidak menyedari Salim mencangkung di depan kereta kerana sebelum itu suaminya bersiap mahu ke bendang.

Che Su berkata, ketika itu dia hanya teringatkan kucing mereka di Chuping yang masih belum diberi makan dan tergesa-gesa keluar rumah dan menghidupkan enjin kereta.

“Sebaik memasuki kereta, saya terus menghidupkan enjin dan tidak menyedari gear tidak diletakkan dalam posisi neutral menyebabkan kenderaan itu bergerak ke depan sebelum disusuli bunyi hentaman kuat pada bahagian hadapan.

"Saya cuba gerakkan kenderaan ke depan, tetapi gagal kerana ia seperti tersekat pada sesuatu, sebelum terus mengundurkan kereta. Apabila keluar melihat, saya terkejut melihat suami sudah terbaring dalam keadaan berlumuran darah," katanya ketika ditemui.

Che Su yang panik meraung memanggil abang iparnya, Fadzil Sidek yang tinggal bersebelahan sebelum pengsan.

Fadzil ketika ditemui berkata, sebaik tiba di situ Salim yang turut mempunyai masalah jantung dan darah tinggi kelihatan nazak dan menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, ketika dihubungi menolak kemungkinan wujud unsur khianat atau jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Salim dan Che Su sudah lebih 40 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasang cahaya mata, masing-masing berusia lingkungan 30-an.

Sementara itu, sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, ketika dihubungi menolak kemungkinan wujud unsur khianat atau jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
 
Sponsored Post

utbahz

Active Member
Joined
Jul 1, 2008
Messages
1,969
Reaction score
7
Points
35
InnaLillah..Rasanya lepas ni phobia makcik tu nak bawak keta..
 

bardzs

Junior Member
Joined
Nov 5, 2008
Messages
90
Reaction score
0
Points
6
Trajedi yang tidak disengajakan.....sedihnyer...
 

mawar79

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
1,062
Reaction score
6
Points
25
Innalillah..
Pakcik ni salah sorang relative sy..
Cian sgt kat makcik masa g menziarah semalam..
 

adar

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
sblm ni pun ada kes mcm ni. isteri lupa nak check gear dah free ke belum terus start kete. tak per la. dah ajal. takziah.
 

rafina_80

Active+ Member
Joined
Jan 30, 2008
Messages
4,102
Reaction score
44
Points
30
sedihnya..klu aku nyesal seumur hidup...
kesian makcik ni..
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,040
Reaction score
228
Points
133
dah sampai masa dier...
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Lain kali kena check gear tu lepas off enjin (bkn start enjin). Tapi kalo benda nak jadi, tetap akan jd juga. Kita waspada tapi ALLAH menentukan segalanya..
 

zeroxlegend

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,548
Reaction score
0
Points
20
kucing tidak diberi makan,
suami pegi buat selamanya.....
mcm2, tapi ketentuan ilahi lebih utama,
buat pengajaran utk semua, memandu biar dlm keadaan tenang.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register