BTC USD 56,420.6 Gold USD 1,775.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PENERIMA HATI PERTAMA: Al Fatihah, Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,542
Reaction score
12,509
Points
2,376
PENERIMA HATI PERTAMA | Mungkin Perlu Jalani Semula Pemindahan Hati

Penerima hati pertama di Malaysia yang dilaporkan kritikal, dipercayai akibat komplikasi hati berkemungkinan perlu menjalani prosedur pembedahan pemindahan organ itu sekali lagi

Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini yang kini berusia 23 tahun kini dirawat Hospital Selayang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, sejak sabtu lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
afiq_1614647924.jpg


Penerima hati pertama, Afiq Ikmal meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Mohd Afiq Ikmal, 23, yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor, sejak 13 Februari lalu, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5 pagi tadi.

"Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi.

Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang .Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah," katanya.

Bagaimanapun, usaha BH menghubungi waris Mohd Afiq Ikmal masih belum berjaya.

Baru-baru ini, BH melaporkan, Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.

Pemuda berkenaan menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.

Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.

Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,542
Reaction score
12,509
Points
2,376
PENERIMA HATI PERTAMA | Afiq Ikmal Mula Tunjuk Tindak Balas

Selepas empat hari menerima rawatan unit separa rapi di Hospital Selayang, penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23 mula menunjukkan reaksi positif.

Keadaan anak sulung itu menunjukkan tindak balas, namun masih perlu bergantung kepada alat pernafasan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,527
Reaction score
21,172
Points
1,671
20tahun. 'Expiry date' hati tu. Lepas tu mula ada komplikasi
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,542
Reaction score
12,509
Points
2,376
20tahun. 'Expiry date' hati tu. Lepas tu mula ada komplikasi

Harap dapat la extend lagi Expiry Date tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,542
Reaction score
12,509
Points
2,376

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,519
Reaction score
4,441
Points
601
afiq_1614647924.jpg


Penerima hati pertama, Afiq Ikmal meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Mohd Afiq Ikmal, 23, yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor, sejak 13 Februari lalu, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5 pagi tadi.

"Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi.

Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang .Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah," katanya.

Bagaimanapun, usaha BH menghubungi waris Mohd Afiq Ikmal masih belum berjaya.

Baru-baru ini, BH melaporkan, Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.

Pemuda berkenaan menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.

Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,468
Reaction score
2,802
Points
201
takziah kpd keluarga..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,757
Reaction score
2,642
Points
201
dah tak serasi kot hati yg diterima dgn diri arwah...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,542
Reaction score
12,509
Points
2,376
View attachment 347964

Penerima hati pertama, Afiq Ikmal meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Mohd Afiq Ikmal, 23, yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor, sejak 13 Februari lalu, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5 pagi tadi.

"Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi.

Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang .Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah," katanya.

Bagaimanapun, usaha BH menghubungi waris Mohd Afiq Ikmal masih belum berjaya.

Baru-baru ini, BH melaporkan, Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.

Pemuda berkenaan menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.

Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

Amin Ya Rabb Alamin
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,332
Reaction score
249
Points
43
Afiq bawa sebahagian hati saya menghadap Ilahi - Wan Mohd Hafizam

afiq_1614654103.jpg


KUALA LUMPUR: Allahyarham Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini yang menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, sempat menempah beberapa kotak hadiah khusus bagi warga Hospital Selayang yang menjaganya sepanjang menjalani rawatan di situ.

Mohd Afiq Ikmal, 23, dikatakan menempah 35 kotak hadiah bagi menghargai jasa jururawat dan doktor yang merawatnya, sejak Januari lalu.

Penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, berkata Allahyarham membuat tempahan berkenaan kepada seorang individu dikenali beliau, sebelum berada dalam keadaan kritikal, pada 13 Februari lalu.

"Allahyarham seolah-olah sudah tahu akan 'pergi' kerana dia titipkan pesanan supaya semua kotak hadiah berkenaan diberi kepada jururawat dan doktor yang menjaganya di hospital menjelang Mac ini.

"Tempahan bagi hadiah berkenaan juga sudah dibayar lebih awal oleh Allahyarham dan kami semua tidak tahu apa isi kandungan dalam kotak terbabit.

"Saya dan waris adik Afiq akan uruskan pengagihan kotak hadiah berkenaan selepas urusan pengebumian Allahyarham selesai nanti," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Allahyarham Mohd Afiq Ikmal, penerima hati pertama di Malaysia menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati selepas 18 hari dirawat di Hospital Selayang, Selangor, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Jenazah Mohd Afiq Ikmal dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang dan dijangka dikebumikan di Kampung Masjid, Tikam Batu dekat Sungai Petani, Kedah.

Baru-baru ini, BH melaporkan, Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.

Pemuda berkenaan menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.

Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.

Dalam pada itu, Wan Mohd Hafizam mengakui sedih dengan khabar pemergian Mohd Afiq Ikmal.

"Saya jangka saya pergi dulu kerana dari segi usia saya lebih tua berbanding Allahyarham. Saya sebenarnya berharap Afiq dapat terus hidup lebih lama dan menyambung legasi sebagai penderma organ suatu hari nanti, tetapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya.

"Sebahagian hati saya dalam tubuh Allahyarham dan dia bawa sekali bahagian itu menghadap llahi. Sebahagian daripada saya juga sudah dikebumikan," katanya.

Mengimbau perjalanan Mohd Afiq Ikmal dirawat di Hospital Selayang, Wan Mohd Hafizam berkata, beliau ada menyuarakan hasrat untuk sekali lagi mendermakan sebahagian hatinya kepada Allahyarham.

"Hasrat ini dinyatakan kepada keluarga Mohd Afiq Ikmal selepas saya dimaklumkan Allahyarham perlu menjalani sekali lagi pembedahan pemindahan organ, apabila dia berada dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun, ia tidak kesampaian dan kami semua ketika itu sentiasa mendoakan Allahyarham dapat kembali sembuh seperti sedia kala," katanya.


== bharian
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register