Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 68,469
Top Poster #7
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 68,469
- Reaction score
- 7,475
- Points
- 916
- Awards
- 1
08.06.2025 - Penerbangan dari Johor Bahru, Johor ke Kuala Lumpur yang sepatutnya hanya mengambil masa 50 minit malam tadi berubah menjadi hampir empat jam akibat cuaca buruk. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menaiki penerbangan AirAsia AK6047 pada jam 10.45 malam selepas menghadiri majlis makan malam kutipan dana DAP Johor, memaklumkan bahawa pesawat terpaksa berpusing di ruang udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas cubaan mendarat gagal ekoran angin lintang kuat serta ribut petir.
“Ketika kami menghampiri landasan, angin lintang yang kuat dan ribut kencang memaksa juruterbang membatalkan pendaratan. Kami berpusing di ruang udara KLIA dan akhirnya pesawat terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang untuk mengisi minyak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Menurut Loke, sekurang-kurangnya lima penerbangan AirAsia lain turut mengalami lencongan, manakala kemungkinan ramai penumpang lain juga terkesan akibat cuaca tidak menentu yang menjadi antara cabaran utama dalam operasi penerbangan. Bagaimanapun, beliau memuji tindakan pantas dan profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh Kapten pesawat, Teng Huah Jer dan Pembantu Pertama Bryan Alexander Yin Kian Yam dalam mengendalikan situasi berkenaan.
“Kapten mengendalikan situasi dengan sangat baik melalui komunikasi yang tenang dan sentiasa memberikan maklumat terkini kepada penumpang. Ini memainkan peranan penting dalam menenangkan semua orang dalam situasi seperti itu” katanya.
Loke turut merakamkan penghargaan kepada kru kabin yang diketuai Muhammad Asyraf Muhammad Nasrullah bersama Mandasari Nikita Florensia, Bagus Setyadi Nugroho dan Norjuniza Muhammad atas sikap profesional dan empati tinggi yang ditunjukkan sepanjang insiden berlaku. Katanya, pesawat akhirnya mendarat selamat di KLIA pada jam 2.40 pagi dan sebagai tanda sokongan moral dan penghargaan kepada kru penerbangan, beliau menunggu semua penumpang turun dahulu sebelum meninggalkan pesawat.