Penender kantin sekolah dipaksa sertai parti politik

CG Sponsors




Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
Penender kantin sekolah
dipaksa sertai Umno

Aslani M, 14 Apr 2013

BACHOK: Usahawan, peniaga kecil dan petani di Bachok kini kerap menerima tekanan pemimpin Umno. Ramai petani diugut tidak lagi mendapat baja subsidi kerana hadir pada program ceramah PAS.

Beberapa penduduk yang hadir pada ceramah PAS di Takel, Dun Tawang baru-baru ini memberitahu mereka menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada JKKKP.

“Pemimpin Umno terbabit mengugut tidak mahu lagi memberi baja kepada petani di sini kerana hadir pada program ceramah anjuran PAS.

“Beberapa penduduk menerima SMS berbau ugutan tersebut ketika menghadiri ceramah di Takel baru-baru ini,” kata seorang petani di sini.

Tahun lepas bekas Adun Tawang, Hassan Mohamood (gambar) mendedahkan petani dipaksa memasang bendera dacing di rumah mereka bagi membolehkan mendapat baja subsidi padi.

Hassan ketika dihubungi memberitahu ramai penduduk di sini mengadu mereka diugut pemimpin Umno peringkat cawangan, akan disekat baja subsidi kerana hadir program ceramah PAS.


Katanya, bukan sahaja petani yang menjadi mangsa ugutan Umno, sebaliknya penendar kantin sekolah juga dipaksa mengisi borang Umno.

“Mereka dipaksa menyokong Umno sekiranya tidak perniagaan akan terjejas. Beberapa pengusaha kantin memberitahu diugut pemimpin Umno.

“Malah ada yang dipaksa berlakon menyerah borang menyertai Umno ketika kehadiran Naib Presiden Umno, Datuk Dr Zahid Hamidi ke Bachok beberapa hari lalu,” katanya.

Akhbar milik Umno hari ini melaporkan seramai 300 ahli dan penyokong PAS di Tawang keluar daripada parti itu dan bertekad menyokong Umno.

Hassan yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Bachok berkata, berdasar semakan di setiap cawangan PAS di Dun Tawang tidak ada ahli parti itu yang menyertai Umno.

Katanya, apa yang berlaku beberapa peniaga dalam kalangan penduduk tempatan di Tawang dipaksa mengisi borang Umno bagi mengelakkan perniagaan mereka terjejas.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Hassan menafikan PAS menyogok penyokong Umno dengan memberi habuan sebanyak RM500 kepada seorang wanita Umno di Bachok.

“Tidak pernah berlaku ada jentera kempen muslimat PAS yang memberi wang sebanyak RM500 seperti didakwa Datuk Dr Awang Adek.

“Jentera kempen muslimat PAS tidak membawa wang sebanyak itu ketika kempen dan mereka hanya datang bertemu mata dan bertanya khabar sahaja.

“Tuduhan Ketua Umno Bachok tersebut tidak berasas sama sekali,” katanya.

Sebaliknya sebelum ini seorang penduduk di Kampung Budi mendedahkan wakil kepada Awang Adek beberapa kali datang menemuinya bagi menawarkan wang supaya tidak lagi menyokong PAS.


Sumber
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
you help me...i help you...
lu langsi...lu mati
 

shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
dalam tv bukan main lg nampak baiknya umno ni..ngalah malaikat baiknya...tp kt belakang setan pun tabik dgn dia punya jahat tu..bangsat punya umno.
 

abesoff

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2006
Messages
3,140
Reaction score
1
Points
30
memang betul berlaku di tempat aku, penender kantin sekolah orang kuat UMNO/penghulu UMNO, dulu orang lain yang jadi penender tetapi entah kenapa boleh kepada dia sedangkan dia ni tidak ada pengalaman langsung dalam perniagaan makanan...rupa-rupanya dia ni orang kuat seorang pemimpin UMNO.
 

mhassan

Fun Poster
Joined
Apr 22, 2011
Messages
478
Reaction score
0
Points
10
nak projek kena masuk umno ler...itu pasal ramai org ckp umno la yg bg rezeki..
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
masuk jer umno..
tp nti undi PR..
:D
 

liza_naim

Freshie
Joined
Mar 29, 2013
Messages
41
Reaction score
0
Points
6
haha, nak projek masuk umno. tapi kalau nak MASUK SYURGA, kena la masuk PAS...! MACAM HARAM!!!
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
tak masuk dorang tak kaya la beb
 

Dreamboxjb

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2011
Messages
11,712
Reaction score
51
Points
135
dalam tv bukan main lg nampak baiknya umno ni..ngalah malaikat baiknya...tp kt belakang setan pun tabik dgn dia punya jahat tu..bangsat punya umno.
biasalah sahabat...
inilah yg punyai nama.... SYAITAN YG DKENALI...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register