Penemuan Tulang , Pakaian Di Percayai Berkait Dengan Kehilangan Anna Jenkins

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
06.07.2020 - Georgetown, Penemuan tulang manusia dan longgokan pakaian di kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung di sini dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan seorang wanita warga Australia Anna Jenkins pada 2017.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong berkata kes mati mengejut (mengenai objek yang dijumpai dipercayai tulang dan barang peribadi) yang dilaporkan pada 25 Jun lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan Kes Orang Hilang (warganegara asing) pada 2017 di daerah Timur Laut.

Beliau berkata objek terbabit dijumpai seorang lelaki yang sedang melakukan kerja-kerja landskap menanam pokok di kawasan hutan berhampiran pada kira-kira 4 petang, 24 Jun lepas.

"... pengadu telah ternampak longgokan baju yang telah lama ditinggalkan dan pengadu telah membuat pemeriksaan terhadap longgokan baju tersebut serta telah menjumpai seketul tulang, tidak pasti tulang manusia atau haiwan.

"Pada keesokan harinya, pengadu telah membawa tulang beserta longgokan baju itu ke Balai Polis Kampung Baru untuk membuat laporan polis," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Suffian berkata hasil bedah siasat yang telah dijalankan ke atas objek tersebut mendapati ia adalah tulang manusia.

"Pihak polis sedang menunggu pihak kedutaan untuk menyerahkan sampel DNA ahli keluarga orang hilang tersebut kepada pihak polis bagi ujian perbandingan DNA yang bertujuan mendapatkan identiti sebenar tulang yang dijumpai itu," katanya.

Beliau juga berkata polis tidak pernah menghentikan siasatan kes Anna Jenkins dan sebarang petunjuk yang diperoleh akan digunakan sebaik mungkin bagi merungkai misteri kehilangan wanita itu.

Suffian berkata demikian semasa mengulas laporan sebuah portal berita tempatan yang mendakwa mayat wanita itu telah dijumpai.

Pada 13 Dis 2017, Jenkins, 65, dikatakan keluar dari bilik hotelnya untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus dan meminta pekerja memesan perkhidmatan Uber untuk ke sebuah rumah kebajikan di Batu Lancang selepas selesai rawatan.

Wanita itu telah meminta pemandu Uber menurunkannya berdekatan lampu isyarat di Jalan Scotland dan demi keselamatan, pemandu menurunkan mangsa berhampiran sebuah sekolah.

Sejak itu dia dilaporkan hilang dan laporan polis telah dibuat oleh suaminya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1857882
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Anak Lelaki Anna Jenkins Serah Sampel DNA Pada Polis

21.07.2020 - Georgetown, Anak lelaki kepada wanita warga Australia, Anna Jenkins yang dilaporkan hilang pada 2017 di Pulau Pinang, berada di sini bagi menyerahkan sampel untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kepada polis.

Ia susulan penemuan tulang manusia di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini pada 24 Jun lepas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan Anna Jenkins.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata lelaki itu tiba di Pulau Pinang minggu lepas dan kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari sehingga 29 Julai, di sebuah hotel di sini.

"Pada mulanya pihak keluarga wanita itu mahu menghantar sampel DNA mereka untuk dibuat perbandingan, namun pada minggu lepas anak lelakinya memaklumkan dia sendiri akan datang ke sini (Pulau Pinang) untuk beri sampel berkenaan.

"Sebaik sampel DNA diperoleh, pihak Jabatan Kimia Pulau Pinang akan memberi keutamaan dan melaksanakan ujian dengan segera," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan dan Ikrar Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Penemuan tulang, longgokan pakaian dan barangan peribadi yang dipercayai milik mangsa ditemukan seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja landskap menanam pokok di kawasan hutan berhampiran pada kira-kira pukul 4.00 petang, 24 Jun lepas.

Ia ditemukan berselerak kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir wanita itu dilaporkan kelihatan di Jalan Scotland.

Mengulas lanjut, Soffian berkata pihaknya telah menghantar gambar kesemua barangan mangsa, antaranya berus gigi, beg, lambang salib, pakaian dalam, baju, skirt, kasut, cermin mata dan kad akses hotel kepada ahli keluarganya di Australia bagi ujian pengecaman.

"Gambar-gambar itu telah dihantar kepada mereka dan setakat ini ahli keluarga mangsa memaklumkan barangan yang ditemui adalah milik wanita itu. Cuma sekarang, polis tunggu ujian DNA bagi menentukan identiti mayat tersebut.

"Setelah semua prosedur perbandingan DNA selesai, dan sekiranya disahkan mangsa adalah Anna Jenkins, maka polis akan teruskan siasatan untuk mengetahui punca kematian dan bagaimana wanita itu boleh sampai ke situ,” katanya menambah kawasan tersebut sebelum ini adalah hutan dan milik tanah persendirian.

Pada 13 Dis 2017, Jenkins, 65, dikatakan keluar dari bilik hotelnya untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus dan meminta pekerja hotel memesan perkhidmatan Uber untuk ke sebuah rumah kebajikan di Batu Lancang selepas selesai rawatan.

Wanita itu telah meminta pemandu Uber menurunkannya berdekatan lampu isyarat di Jalan Scotland dan demi keselamatan, pemandu menurunkan mangsa berhampiran sebuah sekolah.

Sejak itu dia dilaporkan hilang dan laporan polis telah dibuat oleh suaminya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1862628
 
Sponsored Post
Top
Log in Register