BTC USD 57,493.5 Gold USD 1,786.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk pesta beras

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
mainpix

SELERAK...kampit beras bertaburan apabila lori sarat
muatan beras terbalik di selekoh Kampung Selawa, Mercang,
Marang semalam.

MARANG: Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan 800 kampit beras jenama Jati di Kilometer 41, Jalan Kuala Terengganu-Dungun berhampiran Kampung Selawa, Merchang, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam, bertukar pesta apabila penduduk berebut-rebut mengutip beras percuma yang bertaburan atas jalan.

Tindakan penduduk terbabit membuatkan pemandu, Ibrahim Yusof, 36, yang terselamat dalam kejadian itu pening kepala apabila penduduk turut melarikan berpuluh-puluh kampit beras.

Walaupun ditegah kelindannya, Mohd Jefri Embong, 27, serta pembantunya, Mohd Irwan Shah, 22, orang ramai termasuk kanak-kanak tidak menghiraukannya, sebaliknya semakin ghairah merebut peluang terhidang.

“Ini rezeki kami, kalau kami tak ambil, orang lain yang ambil,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Amir berusia 20-an.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Mat berkata, kejadian itu secara tidak langsung membolehkan penduduk mendapatkan bekalan beras percuma sebagai persediaan menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Dianggarkan, kira-kira 200 daripada 800 kampit beras musnah dalam kejadian itu yang dipercayai berlaku selepas tayar kiri bahagian hadapan kenderaan berkenaan pecah.

Ibrahim dari Kampung Sungai Buaya, Dungun, berkata sebelum kejadian, dia bersama Mohd Jefri dan Mohd Irwan dalam perjalanan menghantar beras dari Dungun ke Kuala Berang.

Katanya, mereka bertolak dari Dungun kira-kira jam 11.30 pagi selepas selesai memunggah beras dari gudang milik sebuah pembekal beras di Taman Permint, Dungun.

Bagaimanapun, menurutnya, ketika berada di jambatan berhampiran kampung itu secara tiba-tiba tayar kiri hadapan pecah menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas sebelum melanggar besi penghadang.

“Akibat kejadian itu, lori berkenaan tidak dapat dikawal dan terbalik sebaik tiba di selekoh berhampiran jambatan berkenaan.

“Mujur kami tidak mengalami kecederaan teruk dan hanya Mohd Irwan Shah yang duduk di bahagian tepi mengalami luka pada siku dan paha kiri dipercayai bergesel di atas jalan ketika kenderaan terbalik,” katanya.

Menurutnya, selepas kenderaan itu terbalik dan tersadai di tengah jalan, mereka bertiga yang bertindih sesama sendiri dalam kenderaan itu segera menyelamatkan diri dan keluar melalui pintu pemandu.

Katanya, semua beras bermutu tinggi dianggarkan bernilai RM16,000 itu untuk dihantar ke enam premis di Kuala Berang sebagai persediaan Ramadan tidak lama lagi.

“Saya pening kepala apabila banyak beras kami dilarikan penduduk. Pada awalnya saya hanya membenarkan mereka mengambil beras bertaburan di atas jalan raya saja, tetapi keadaan berlaku sebaliknya.

“Daripada terbiar rosak, saya bagi mereka ambil. Mungkin itu sudah rezeki mereka, tetapi tindakan penduduk mengambil beras dalam plastik yang pecah sedikit memeningkan saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Zohan Seman, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12 tengah hari dan terus ke tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Katanya, pihaknya tiba awal di tempat kejadian kerana ketika itu anggotanya sedang bersiap sedia memulakan tugas di Kilometer 39, Jalan Kuala Terengganu-Dungun.

Beliau berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca selepas tayar hadapan sebelah kiri pecah menyebabkan kenderaan berisi muatan beras itu tidak dapat dikawal sebelum melanggar besi penghadang jambatan dan terbalik.

“Akibat kejadian, berlaku kesesakan lalu lintas apabila berpuluh-puluh kampit beras pecah dan bertaburan di atas jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan Mohd Irwan yang duduk di bahagian tepi sebelah pintu penumpang cedera ringan dan dirawat di Klinik Kesihatan Merchang manakala pemandu, Ibrahim dan kelindan Mohd Jefri tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kerja pembersihan jalan dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Marang kira-kira jam 2 petang.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Macam mencuri aje
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
merompak lah. sbb depa mata.
curik senyap2
 

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Even beras tu dah dilindungi insurans tapi silap gak driver tu at 1st place give permission kasi beras yg plastik koyak untuk diambil FREE. Bagi saya, ni kes Dah dapat betis nak peha pulak.. erm..

Kesian orang Ganu :D
 

NaZa

Ex-Super Mod
Platinum Member
Joined
Feb 8, 2009
Messages
3,787
Reaction score
86
Points
30
Ini rezeki kami, kalau kami tak ambil, orang lain yang ambil,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Amir berusia 20-an.

mamat ni faham ke apa maksud 'rezeki' tu, kesian pulak org macam ni yg jahil agama
 

gastacopz

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2008
Messages
11,331
Reaction score
19
Points
120
dorg ni da kelabu mate......cilok jer pe ade dpn mate...
 

marlen

Legendary Member
Joined
May 27, 2008
Messages
16,925
Reaction score
31
Points
125
dulu kat kpg pun ada gak jd..mmg klau benda mcm ni driver akan bg je beras yg plastik terkoyak..tp ada yg gi koyak kan plastik beras yg elok..elok la tu bg anak bini mkn benda shubahah..klau tokei jati xhalal naya je..
 

kizuro

Active+ Member
Joined
May 11, 2008
Messages
3,795
Reaction score
2
Points
25
dah macam mencurik pulak....
kalau yg amik kutip atas jalanraya tu ok la lagi..
tapi kalau ade yg amik sekampit...
xtau la nak cakap ape
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register