BTC USD 62,928.3 Gold USD 1,803.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Kg Baru dijangka makin ramai

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
be0e307b0c674fcea8581af87a1a8afa.jpg


Pembangunan Kampung Baru tidak akan meminggirkan penduduk sedia ada di kawasan tersebut, malah memberi peluang kepada lebih ramai lagi untuk menetap di kawasan berkenaan, menurut perunding bagi Pelan Bandar Raya KL 2020.

Pengarah urusan AJM Planning and Urban Design Group Sdn Bhd (APUDG) Norliza Hashim berkata keadaan itu akan dapat dicapai melalui status Pusat Komersil Bandaraya (CCC) bagi pembangunan kawasan tradisional Melayu itu.

Populasi sasaran bagi kawasan itu kini ditingkatkan sehingga 39,000 orang melalui status pembangunan tersebut, berbanding kira-kira 16,000 orang sedia ada menurut jangkaan syarikat berkenaan.

Norizah menjelaskan, status CCC memperuntukkan nisbah plot antara 1:8 hingga 1:10 yang membolehkan pemaju membina perumahan di kawasan tersebut.

"Kalau kita buat status komersil (C), pemaju tidak boleh buat perumahan. Kalau kita buat status kegunaan bercampur (MX), perumahan hanya ditetapkan sebanyak 30 peratus sahaja.

"Jadi boleh dibangunkan perumahan dan komersil dalam kawasan CCC. Tapi perumahan itu mestilah mengikut syarat, mestilah sesuai, berkualiti tinggi dan mesti ada kemudahannya," kata Norliza lagi.

Jelasnya, kawasan yang ditetapkan bagi pembangunan CCC merupakan kawasan yang fleksibel dan memberi status dan potensi nilai komersil yang paling tinggi.

"Maknanya fleksibel dari segi apa yang boleh dibangunkan di kawasan tersebut," katanya lagi ketika ditemui di sesi taklimat Hari Terbuka DPBRKL 2020 di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Pelan komprehensif dalam kajian

Jelasnya, pembangunan Kampung Baru diletakkan dalam satu pelan komprehensif yang kini masih di peringkat kajian.

"Apa yang saya faham setakat ini belum ada pelan komprehensif lagi, perlu ada banyak lagi proses rundingan.

NONE"Mengikut yang dijanjikan memang kita kena sediakan pelan terperinci untuk Kampung Baru. Memang dalam penyediaan tapi belum ada lagi. Sekarang di pihak kementerian juga masih membuat kajian sosial tetapi proses itu sudah bermula," tambahnya.

Katanya, dalam rancangan kecil itu, AJM telah menyarankan supaya aktiviti yang sinonim dengan Kampung Baru itu dikekalkan.

"Contohnya peniaga dan produk Melayu di situ, kita hendak buat satu tempat khas supaya mereka boleh berniaga dan boleh menjadi pusat tumpuan.

"Salah satunya mungkin KBMC (Pusat Perubatan Kampung Baru). Saya rasa ia harus juga kekal di situ kerana sebab namanya juga KBMC. Tetapi mungkin bukan di tempat yang sama, kalau boleh kita hendak dia lebih besar dengan penukaran tapak untuk pembangunan.

"Itu maksud kita dengan pembangunan komprehensif, bukannya buang semua (pembangunan sedia ada), kemudian baru buat pembangunan baru," katanya lagi.

sumber
 
Sponsored Post

PinguSpy

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,141
Reaction score
114
Points
73
agak2 sape lah yg nk beli rumah dkt situ nanti yer? ..
kalau bukan geng2 mata sepet
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,303
Reaction score
2,279
Points
201
hahahah harap2 la harga bawah 100k ... klu lebih mimpi la makcik goreng pisang nak duduk situ ... wahhahahawha
 

kanemochi

Active Member
Joined
Jan 16, 2008
Messages
1,258
Reaction score
17
Points
25
Tajuk: Penduduk Kg Baru Makin Ramai...aku tambah lagi tajuk 2, Welkam Kaum2 Petaling Street...ingat Melayu mampu ke nak sewa kedai mahal2, kalo mampu pun ingat ada ke peluang nak sewa, sume 2 dah ada penyewanya, pcaya lah, cth tdekat kat pasaraya giant, tesco, jusco...food court sape yg conquer, asal nak sewa sume dah penuh...kat kaunter gajikan indon2, bangla2...owner cha ya nun alif...
 

moxmeng

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2010
Messages
2,976
Reaction score
8
Points
25
waduss...
akirnye...bnde ni dpt dbuat
ap nk jdik ngan kaum ak sdiri nati
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register