BTC USD 27,767.4 Gold USD 1,980.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Gempar Harimau Dahan Di Bawah Rumah

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
25.11.2022 - Kuala Lumpur, Penduduk di Kampung Sentang, Pagar Sasak, dekat Lipis, gempar apabila seekor harimau akar ditemui di bawah rumah seorang penduduk, jam 6.30 petang semalam. Keadaan itu menyebabkan penduduk mengambil tindakan mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah Faridah Ishak, 58, bagi mengelakkannya lari. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihak polis menerima maklumat dari anak saudara pemilik rumah, terdapat seekor harimau dikenal pasti jenis harimau akar. Katanya, anggota pondok Pagar Sasak ke lokasi kejadian dan mendapati penduduk kampung mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah Faridah.

"Kejadian itu dikatakan berlaku apabila harimau itu mengejar seekor kucing sehingga masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan. Ketika kejadian terdapat dua warga emas di atas rumah itu iaitu suami yang berusia 55 tahun dan isterinya Faridah yang sakit stroke terlantar di atas katil," katanya.

Beliau berkata, terkejut dengan kehadiran harimau itu, suami Faridah menghalau harimau itu dan haiwan itu melompat ke atas katil dan mencakar kening isterinya, Faridah menyebabkannya mengalami luka kecil. Katanya, pihak Klinik Kesihatan Padang Tengku membuat rawatan ke atas mangsa. Azli berkata, harimau akar itu menyorok di bawah rumah mangsa. Pihak polis dan bomba yang berada di tempat kejadian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Lipis untuk tindakan selanjutnya.

"Perhilitan Lipis sampai jam lapan malam ke lokasi kejadian untuk tindakan dan berjaya menangkap setelah menembak dengan ubat pelali pada jam 12.45 tengah malam," katanya.​

1669354343868.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,460
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,460
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Suami Isteri Cemas, Kena Cakar Harimau Kejar Kucing Masuk Rumah Di Kuala Lipis

25.11.2022 - Kuala Lumpur, Detik cemas menyelubungi sepasang suami isteri selepas seekor harimau akar memasuki rumah mereka di Kampung Sentang Pagar Sasak, Kuala Lipis, Pahang pada Khamis. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendent Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.30 petang dan mendapati ketika insiden berkenaan, rumah itu dihuni seorang lelaki berusia 55 tahun dan isterinya 58 tahun yang menghidap angin ahmar. Beliau berkata, menerusi maklumat yang diterima, harimau berkenaan dikatakan masuk ke rumah itu melalui pintu hadapan ketika mengejar seekor kucing.

"Terkejut dengan kehadiran harimau itu, suami wanita itu telah menghalau haiwan berkenaan namun harimau itu telah melompat ke atas katil dan tercakar kening wanita berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, wanita yang mengalami luka kecil itu telah diberi rawatan oleh petugas kesihatan Klinik Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Beliau berkata, harimau yang kemudian berada di bawah rumah mangsa telah dikepung oleh penduduk kampung sementara menunggu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. Pada pukul 8 malam (Khamis), Perhilitan Lipis tiba di lokasi kejadian dan haiwan berkenaan berjaya ditangkap beberapa jam kemudian setelah ditembak dengan ubat pelali, katanya.​

1669354589419.png
 

Hou-Ou

Active+ Member
gem
Messages
2,815
Joined
Jun 13, 2021
Messages
2,815
Reaction score
1,297
Points
111
Kalau jual, berapa RM agak"?



Kalau kucing hutan kita tu pun dah cantik...nama Asian Leopard Cat..sebenarnya tak terancam pun..
tapi baguslah kerajaan tegas dlm conservasi
kalau bela...denda RM 100 K kalau tak silap...huhu..

Tapi..masa dulu.. (dlm 10 tahun lepas) pernah saya tanya org yg tangkap dia..anak dia yg umur dlm sebulan tu..jual dlm RM 1000.00

Boleh jinak!


Memang banyak Bengal yg jual tu..kacukan dgn ALC lah

harga Bengal ikut corak dia..drp ratus..sampai Ribu2 juga


Tapi org yg sama offer saya..kata kalau2 saya minat nak Harimau akar?
Dia kata..sama lebihkurang Kucing hutan juga
menurut dia..Bengal yg corak lebih cantik tu..kacukan Harimau Akar!..bukan ALC
terkejut juga saya
tapi pasti harga mahal

Tapi saya tak jadi nak beli yg mana2 pun

kena warning dgn saudara yg kerja perhilitan :)

nanya je kalau kena tangkap polis/perhilitan :) :)
 
Sponsored Post

Top
Log in Register